Home » » Video!!!! Polis cabar 'Ah Long' bertarung satu lawan satu

Video!!!! Polis cabar 'Ah Long' bertarung satu lawan satu

Written By canang on Rabu, 20 Mei 2015 | 5/20/2015 07:24:00 PTG



 Satu klip video berdurasi 42 saat yang menunjukkan kononnya seorang pegawai polis mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati berkaitan aktiviti 'Ah Long' telah tersebar meluas dalam internet dan rangkaian aplikasi kiriman mesej.

Klip video itu menunjukkan seorang lelaki berkaca mata hitam dan berpakaian seragam polis, sama ada berpangkat ASP atau ketua inspektor, memberi amaran kepada peminjam wang tanpa lesen supaya tidak menggantung kain rentang iklan itu di kawasannya.

Beliau kelihatan memegang seorang lelaki yang menggenggam sebidang kain rentang biasa mengenai iklan pinjaman wang yang digantung di tiang lampu dan pokok di seluruh negara.

"Saya tidak mahu MCA dan DAP mengadu kepada saya, Menglembu penuh pelekat 'ah long'.

"Ah Long, kalau kamu berani, mari jumpa saya. Kita cek chow, kita bertarung. Kita boleh lawan.

"Kalau kamu ada pistol, boleh keluarkan. Saya tahu kamu ada pistol beli dari Thailand," kata lelaki itu dalam video klip itu

Wartawan telefon

Menurut Oriental Daily, seorang wartawan akhbar itu menelefon nombor yang tertera di poster dan individu yang menjawab telefon itu berkata beliau tidak bersalah dan menjalankan perniagaan yang sah.

Katanya, beliau melihat klip video itu semalam dan mengesahkan bahawa orang yang memegang poster adalah pekerjanya, yang telah dilepaskan dari jagaan polis.

"Kakitangan saya telah menggantung kain rentang apabila dia ditangkap. Daripada apa yang saya diberitahu, sebuah parti politik telah membuat aduan kepada polis mengenai banner itu di suatu tempat di Cheras.

"Itulah yang mendorong anggota polis untuk melakukan (apa yang dia lakukan)," kata individu yang dihubungi Oriental Daily.

Ketua polis Menglembu dalam video

Bagaimanapun Ketua Polis Ipoh Sum Chang Keong berkata klip video itu dibuat oleh Ketua Polis Menglembu Chen Ah Kooy.

"Adalah ditegaskan bahawa kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Ketua Polis Balai Menglembu tanpa dirujuk atau dibincangkan dengan pihak pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh," katanya.

Beliau bagaimanapun dalam satu kenyataannya, memuji inisatif Chen tetapi ia perlu dibuat secara profesional.

"Selain itu ayat dan bahasa yang digunakan oleh Ketua Polis Balai Menglembu adalah tidak sesuai," katanya lagi.

Sum berkata pada keseluruhannya masalah 'Ah Long' di Ipoh dan kawasan Menglembu terkawal
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger