Home » » AKU...disebalik tirai besi.

AKU...disebalik tirai besi.

Written By canang on Selasa, 16 Jun 2015 | 6/16/2015 08:04:00 PTG

AKU...disebalik tirai besi.
Sebagai bekas banduan Kajang...aku dapat memahami dan menyelami apa Anwar Ibrahim II rasai ketika ini di dlm penjara....bukan mudah dlm keadaan jasad terpenjara memikirkan sahabat seperjuangan di luar penjara bergaduh kerana ego masing masing...sesetengah mereka langsung tidak pernah fikir malah mereka lupa bahawa Anwar Ibrahim adalah pencetus gelombang reformasi yg melakar lanskap baru politik Malaysia...ini adalah fakta yg tidak boleh dinafikan...
Aku amat kecewa kerana sesetengah pimpinan Pas dan Dap kini menari dan berjoget terkinja kinja mengikut paluan irama dangdut yg dimainkan oleh UMNO.... Mereka seolah olah tidak terfikir mengapa prk P.Pauh terpaksa diadakan dan umno bazirkan jutaan duit rakyat semata mata mahu kalahkan Kak Wan... Pernahkah mereka fikir hati dan perasaan Kak Wan yg terpaksa pikul pula masalah besar krisis Pas dan Dap...
Oleh kerana ego masing2 mereka seolah olah lupa kezaliman umno pada Dato Seri Anwar Ibrahim.. Dan perlu diingat...umno tidak takut pada PKR atau PAS atau DAP tetapi umno takut pada Pakatan Rakyat....dan jgn lupa umno penjarakan semula Anwar sebab Anwar adalah pengikat PAS dan DAP...
Kini umno tersenyum riang berpesta dan berjoget dangdut kerana mereka berjaya pecah belahkan Pakatan Rakyat...inilah yg umno mahukan...inilah yg umno idamkan..
Kamu diuji dgn pangkat dan harta ...kamu tewas...kamu ego... Percayalah rakyat amat kecewa dan menyampah dgn krisis yg berlaku sekarang...
Teringat kata kata Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz...nk jatuhkan umno mesti jatuhkan tongkat umno iaitu MCA MIC dan Gerakan...kini tongkat umno telah jatuh dan lumpuh... Jangan sekali kali ada pula yg beri tongkat baru pada umno...
Kini umno lega isu GST berjaya di senyapkan.... Cukai zalim yg mencengkam rakyat tetapi pimpinan umno hidup bermewah.,..
Sedih dan amat simpati nasib mangsa banjir Kelantan masih tinggal di bawah khemah umpama pelarian...
Sudah sudahlah.... Insaflah.. Insaflah...insaflah...
Amizudin Sharpshooter
Timbalan Ketua Koordinator
Jingga13 Malaysia
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger