Home » » 8 PERKARA BERKENAAN GERAKAN HARAPAN BARU (‪#‎harapanbaru‬)

8 PERKARA BERKENAAN GERAKAN HARAPAN BARU (‪#‎harapanbaru‬)

Written By canang on Rabu, 15 Julai 2015 | 7/15/2015 11:40:00 PTG

8 PERKARA BERKENAAN GERAKAN HARAPAN BARU (‪#‎harapanbaru‬)
www.harapanbaru.net
SIAPA HARAPAN BARU?
1. HARAPAN BARU lahir dari desakan kehendak rakyat yang resah dengan kemelut serta kepincangan negara khasnya NGO-NGO Islam serta anak muda dan pimpinan mahasiswa agar Politik Islam terus diperkukuhkan bagi memegang AMANAH membuat perubahan dalam ruang lingkup Perlembagaan Malaysia dan sistem demokrasi yang diamalkan.
2. HARAPAN BARU disertai aktivis pelbagai latar belakang, ras dan agama dari kalangan aktivis, profesional dan agamawan dengan membuka ruang dan peluang kepada bakat muda untuk diketengahkan – selagi mana kesemuanya berpayung kepada Nilai-nilai Teras HARAPAN BARU.
3. HARAPAN BARU memelihara Hak Asasi Manusia (Huquq al-Insan) berteraskan Kemuliaan Insan (Karamah Insaniyah) yang diiktiraf Allah (Human Dignity), sekaligus menyatukan warga besar rakyat dalam anjuran Persaudaraan Insan (Brotherhood of Man) serentak menolak pelbagai amalan perkauman dan rasisme.
APA MISI HARAPAN BARU INI?
4. HARAPAN BARU berusaha menterjemahkan Islam sebagai Rahmat Seluruh Alam dengan meletakkan agenda PEDULI rakyat sebagai tunggak utama aktivisme serta merangkumi semua aspek kehidupan nasional dan kenegaraan.
BAGAIMANA HARAPAN BARU MELAKUKANNYA?
5. HARAPAN BARU komited meneruskan legasi perjuangan Politik Islam yang ditunjukkan Almarhum Tuan Guru Yusuf Rawa, Almarhum Ustaz Fadhil Noor dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam menerokai ruang Politik Islam yang Menyeluruh, PROGRESIF dan Inklusif.
6. Menjelang PRU14, HARAPAN BARU meneruskan momentum perubahan politik atas dasar tahaaluf yang jujur dan komited dalam perkara yang disepakati bersama rakan-rakan parti politik - PKR dan DAP, serta sinergi dengan mana-mana NGO dan segmen masyarakat merentasi garis ideologi.
7. Pendekatan dan tindak balas HARAPAN BARU bersifat tidak jumud (Dinamis) selari dengan realiti semasa dan setempat serta Sederhana (Wasatiyyah) namun tetap Tegas dalam berpegang kepada Prinsip.
8. Komited dengan politik baru, HARAPAN BARU berpaksi kepada politik yang berasaskan Ilmu dan Akhlaq, serta bersedia mewujudkan budaya mampu mengurus perbezaan dalam perlaksanaan prinsip hak bersuara dan tuntutan kesaksamaan.
AMANAH . PROGRESIF . PEDULI
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger