Home » » Gerakan Harapan Baru terkubur selepas PRU14 – Ridhuan Tee

Gerakan Harapan Baru terkubur selepas PRU14 – Ridhuan Tee

Written By canang on Rabu, 22 Julai 2015 | 7/22/2015 03:49:00 PTG



 GHB hanya menang jika diberi laluan ultra kiasu bertanding di kawasan majoriti bukan Melayu tetapi Ridhuan Tee tidak yakin ultra kiasu sedia berkongsi

PETALING JAYA: Pendakwah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah menjangkakan Gerakan Harapan Baru (GHB) yang bakal merintis penubuhan parti baru bagi menggantikan Pas, akan terkubur selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Ini kerana, katanya, GHB tidak mampu memenangi kerusi pada pilihan raya kecuali diberikan laluan oleh ultra kiasu untuk bertanding di kawasan majoriti bukan Melayu.
“Adakah ia boleh berlaku? Sama-sama kita nantikan,” tulisnya di di Sinar Harian.
Ridhuan bagaimanapun berkata, sebagai orang yang mengenali ultra kiasu sejak sekian lama, dia tidak nampak ultra kiasu mahu berkongsi, sama perangai seperti mana ultra kiasu Singapura.
“Teringat mendiang profesor yang mengajar saya dahulu, juga mengajar lama di Universiti Singapura, Dr Chandran Jushuran.
“Katanya, ultra kiasu tidak akan berkongsi sedikit pun walau dengan rakan baiknya. Mereka akan makan kesemuanya tanpa rasa terhutang budi. Itulah ultra kiasu,” katanya.
Ridhuan Tee juga mengkritik ultra kiasu yang menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri sehingga sampai ke peringkat menghancurkan negara.
“Jika tidak suka sekalipun, PRU14 sudah tidak lama, rakyat boleh menghakimi.
“Kita mengharapkan PM mempunyai daya tahan dalam menghadapi masalah ini. Jika benar, pertahankanlah. Jika tidak, buatlah sesuatu yang terbaik untuk rakyat. Berani kerana benar,” katanya.
Sikap ultra kiasu itu berbeza dengan sikap terpuji Mursyidul Am Pas, Datuk Haron Din dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang masih bersangka baik terhadap Perdana Menteri.
“Inilah sifat ulama dan negarawan. Bersangka baik dahulu. Ini tidak, asyik bersangka buruk dan berniat jahat. Dalam Islam, malahan demokrasi sekalipun, seseorang itu dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.
“Selama ini, ultra kiasu cauvinis amat bertuhankan demokrasi, kenapa dalam isu ini mereka mahu menjadi hakim tanpa mahu menunggu keputusan mahkamah dan pasukan penyiasat?,” soalnya.
Share this article :

4 ulasan:

fazurybeuteq berkata...

tinggi ilmu kau ni tee.mengalahkan ilmu allah.dimana kau belajar agama islam ? bagi tahu sikit.

Hamba Allah berkata...

Dia belajar islam sama ULAMA BUSUK.

Wan Rosli berkata...

Lagi tinggi ilmu kau ni fazurybeuteq.. boleh tahu ilmu Allah kurang tinggi dari ilmu tee.. di mana kau belajar agama islam ? bagi tahu sikit.

asri adnan berkata...

seorang lagi ahlil nujum

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger