Home » » “Muslim Uighur Pengganas”, balas China Kepada Turki

“Muslim Uighur Pengganas”, balas China Kepada Turki

Written By canang on Selasa, 7 Julai 2015 | 7/07/2015 05:45:00 PG

China balas aduan Turki berkenaan larangan berpuasa dan polisi yang ketat ke atas Muslim Uighur di wilayah Xinjiang yang dijalankan pertengahan Jun lalu sebagai langkah keselamatan dalam menghadapi ‘’ancaman pengganas’’.
Hua Chunying, jurucakap Menteri Luar China berkata bahawa China telah membalas kenyataan Menteri Luar Turki pada Rabu semalam dan menuntut Ankara menjelaskan aduannya berhubung larangan berpuasa ke atas wilayah Xinjiang yang merupakan kawasan Muslim Uighur.
Dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Luar Turki pada Selasa lalu, beliau menyampaikan rasa kebimbangan yang mendalam terhadap kebebasan Muslim Uighur dalam beribadah dan berpuasa di Xinjiang gara-gara polisi yang ketat oleh China.
Hua pula berkata Beijing tidak pernah meletakkan larangan ke atas kebebasan perlembagaan Muslim Uighur dalam melaksanakan kepercayaan agama mereka.
Kumpulan Hak Asasi turut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap polisi ketat China yang menambahkan lagi ketegangan etnik di Xinjiang di mana pergeseran kuasa kerajaan dengan masyarakat selama bertahun-tahun telah mengakibatkan ratusan rakyat terbunuh.
Kerajaan China juga dilaporkan telah mengarahkan kesemua anggota polisnya dan pegawai mahkamah di Wilayah Awat untuk mendidik kesemua ahli keluarga agar tidak berpuasa dan tidak menyertai sebarang aktiviti keagamaan yang berkait dengan Ramadhan.
Maklumat tambahan, muslim di Turki mempunyai hubungan budaya dan etnik yang rapat dengan Muslim Uighur di China.
MS/KA/GHN
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger