Home » » Azmin: Tak guna berbaju Melayu tapi merompak

Azmin: Tak guna berbaju Melayu tapi merompak

Written By canang on Jumaat, 14 Ogos 2015 | 8/14/2015 12:43:00 PTG

IPOH, 13 OGOS: Pakaian yang kemas dan tertib tidak boleh dijadikan ukuran untuk membuktikan seseorang pemimpin itu telus dalam pentadbirannya.
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, berkata penampilan secara luaran bukan keutamaan tetapi apa yang berada di dalamnya perlu dinilai.
“Bukan di luar (yang penting), pokoknya di dalam.
IMG_3772“Tak guna pakai baju melayu, songkok dan keris tetapi curi duit rakyat. Tiada makna bangsa Melayu itu kalau masuk derma dalam akaun sendiri. Itu perompak,” katanya pada Majlis Jamuan Aidilftri bersama rakyat di Ipoh, semalam.
Kenyataan Azmin itu mendapat sorakan lebih 300 penyokong dan orang ramai yang hadir.
Pada masa sama, beliau turut meminta rakyat supaya membuat perubahan besar demi menyelamatkan krisis negara.
Katanya, ia terbukti melalui nilai ringgit yang semakin merudum setiap hari dan kurangnya pelaburan asing di dalam negara.
“Pemimpin yang rasuah menyebabkan keyakinan pelabur asing tiada, krisis kepimpinan yang semakin parah dan baru-baru ini tangkap pegawai kerajaan, apa nak jadi ni?
“Sebab itu, saya minta sesiapa yang menyokong agenda reformasi untuk bersama tolak Barisan Nasional (BN) dan humban Umno,” katanya yang juga Dato’ Menteri Besar Selangor.
-NFN-
W
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger