Home » » Azwan: Penentang Najib di bawah tapak kaki saya

Azwan: Penentang Najib di bawah tapak kaki saya

Written By canang on Khamis, 20 Ogos 2015 | 8/20/2015 10:12:00 PG

"KEPADA semua pihak yang menentang pemerintahan Perdana Menteri, mereka berada di bawah tapak kaki saya," demikian kata Azwan Ali yang mahu dikenali dengan panggilan 'Diva AA' dalam temuramah eksklusif bersama Media Hiburan, hari ini.
Menurut Azwan, hak untuk menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak adalah hak mutlak beliau yang dijamin di bawah perlembagaan.
"Kerana Malaysia adalah sebuah negara demokrasi berparlimen," kata beliau kepada Media Hiburan.
"Beberapa tahun lalu, saya hampir membenci Perdana Menteri kerana termakan dengan segala fitnah dan bidaah, tetapi saya bersyukur, saya kembali berpihak kepada kerajaan selagi Datuk Seri Najib tidak dijatuhkan apa-apa hukuman atas apa-apa pertuduhan di mana-mana mahkamah dalam Malaysia, mahupun di luar negara," tambahnya lagi. 
Sebelum itu, wartawan Media Hiburan menghubungi Azwan untuk mendapatkan kepastian mengenai laporan polis yang dibuat diva tersebut terhadap seorang pengguna Instagram.
Difahamkan, Azwan membuat laporan di Balai Polis Hulu Kelang selepas diugut di laman Instagram beliau @divaazwanavazz pada malam 17 Ogos 2015.
"Pada saya, tindakan suspek yang mengugut saya itu adalah biadap! 
"Saya salute kepada PDRM kerana mengambil kes ini sebagai serius dan terjumlah di bawah kesalahan Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman dua tahun penjara atau lebih," kata Azwan.
Azwan juga menasihatkan supaya pengguna Instagram tersebut dan pelayar lain yang bersikap anti Perdana Menteri supaya bermuhasabah diri sebelum meringkuk ke dalam penjara.
"Saya mendapat sokongan besar daripada sebahagian penyokong saya yang kini melebihi 95,000 orang dan saya siap menyeru agar semua berdoa, supaya kes ini sangkut sebagai pengajaran kepada semua. 
"Saya juga kesal apabila perspektif saya ke atas Datuk Seri Najib dilaga-lagakan dengan perspektif oleh Menteri Besar Selangor kerana dalam soal politik, tiada ruang berkompromi tentang apa yang benar. Saya pertahankan dan menyokong Datuk Seri Najib bukan kerana menghadap mana-mana habuan daripada kerajaan.SH
Share this article :

6 ulasan:

mat roger berkata...

nak cari publisiti longkang lah si jantan sesundal ni... dah tak da modal lain le tu....

nick berkata...

Sape dia mamat yang mengaku diva aa ni? Dia ni terkenal ke? Dia ni ahli politik? presiden us? Bomoh Jin? Peguam negara? Ketua Polis? Ahli Parlimen? Adun? Cikgu besar sekolah tadika? Tok penghulu? Sarjan in charge of balai? Ahli Bomba yang banyak selamatkan orang? Anggota pertahanan awam yang berkhidmat secara sukarela? Pakcik rela? Ustad jual kurma dari mekah? Lebai yang dok azan kat masjid? Noja yang selalu bersihkan masjid tanpa bayaran apa2 pun? Ahli majlis syura PAS? Ahli tak rasmi tapi mengaku ada jawatan dalam AJK Pas pusat? Pembantu Mokhtar Senik update fesbook ngan instageram? Jurucakap melodi yang meloya? Ketua pengarang akhbar tak laku tapi tak nak bungkus? Wartawan hebat untuk berita2 luar dunia? SAPA DIA MAMAT NI? CAN SOMEONE TELL ME WHY IS HE TALKING TO HIMSELF AND NO ONE IS SENDING HIM TO TG RAMBUTAN?

Nick.
Cape Tiger.

Gbap Halban berkata...

Bapok ni merepet apa.

xairlinepilot berkata...

Pondan hulu klang....

Wan Rosli berkata...

Dia ni lah bakal pembantu mursyidul am.. dua2 AA..

Wan Rosli berkata...

Dia ni lah bakal pembantu mursyidul am.. dua2 AA..

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger