Home » » Interpol tolak permohonan notis merah polis M'sia

Interpol tolak permohonan notis merah polis M'sia

Written By canang on Sabtu, 29 Ogos 2015 | 8/29/2015 07:17:00 PG

Polis Antarabangsa Interpol menolak permohonan polis Malaysia supaya mengeluarkan notis merah terhadap Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown.
Notis merah sama seperti dengan waran tangkap antarabangsa di mana negara-negara ahli dimaklumkan mengenai individu yang mahu untuk ekstradisi.
Dalam surat kepada NGO Fair Trial International, Setiausaha Agung Interpol Jurgen Stock mengesahkan menolak permohonan pihak berkuasa Malaysia.
Dalam surat itu, Stock berkata kebiasaannya Interpol tidak mengulas mengenai kes tertentu atau melibatkan individu.
Bagaimanapun, berdasarkan signifikan laporan akhbar mengenai kes itu, beliau mengesahkan bahawa pihaknya ada menerima permohonan notis merah untuk Clare Rewcastle Brown daripada pihak berkuasa Malaysia.
"Sejajar dengan prosedur operasi standard kami, satu kajian semula telah dijalankan dan, pada 9 Ogos permintaan untuk notis merah itu telah ditolak," kata Stock.
Menurutnya lagi, semua 190 negara anggota dimaklumkan keputusan itu dan dinasihatkan supaya tidak menggunakan saluran Interpol berhubung kes itu dan juga memohon untuk mengeluarkan sebarang data daripada database negara mereka.
Surat tersebut bertarikh 27 Ogos kepada Ketua Eksekutif Fair Trials International Jago Russell, sebagai maklumbalas kepada pertanyaannya pada 25 Ogos.
Clare, seorang wartawan penyiasatan yang berpangkalan di UK, telah membuat liputan berhubung dakwaan salahguna 1MDB milik negara Malaysia dan deposit berbilion ringgit kepada Perdana Menteri Datuk Najib Abdul Razak.
Pada 4 Ogos lalu, polis Malaysia telah memperolehi waran tangkap terhadap Clare yang dikehendaki untuk siasatan atas dakwaan menjalankan kegiatan yang memudaratkan demokrasi berparlimen.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger