Home » » Jangan pilih pemimpin yang jadi bahan jenaka – TMJ

Jangan pilih pemimpin yang jadi bahan jenaka – TMJ

Written By canang on Rabu, 12 Ogos 2015 | 8/12/2015 08:19:00 PTG

PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan rakyat supaya memilih pemimpin daripada mereka yang layak, bijaksana dan telus.
Katanya, ia penting supaya kemudian hari, mereka yang dipilih tidak dimalukan sehingga menjadi bahan jenaka.
Jelas TMJ lagi, pendirian yang dibuat Pengerusi Badan Perhubungan Badan UMNO Negeri Johor, yang juga Menteri Besar Datuk Mohamed Khaled Nordin dalam menangani isu itu sepatutnya menjadi contoh kepada pemimpin lain.
“Janganlah menjadi seperti sesetengah individu yang sanggup menggadaikan prinsip demi kepentingan peribadi.
Janganlah juga menjadi seperti sesetengah orang yang pada mulanya hanya memuji melambung tinggi sesetengah pemimpin, tetapi apabila melihat rakyat tidak berpuas hati, berubah pula pendirian bagai lalang ditiup angin, katanya dalam status yang dimuat naik di Facebook Southern Johor Tigers.
Kenyataan itu merujuk kepada pendirian Khaled dalam beberapa isu berkaitan kepimpinan parti termasuk sokongan kepada Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disingkirkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Ketegasan itu disuarakan sewaktu beliau berucap pada majlis perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian Pasir Gudang, yang dirasmikan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Ahad lalu..Sumber
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger