Home » » Johan Jaafar letak jawatan di Media Prima

Johan Jaafar letak jawatan di Media Prima

Written By canang on Khamis, 13 Ogos 2015 | 8/13/2015 07:42:00 PTG

Pengerusi satu panel Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Johan Jaafar meletak jawatan sebagai pengerusi Media Prima.

Perkara itu diumumkan Media Prima melalui satu notis kepada Bursa Malaysia hari ini. Tiada alasan dikemukakan untuk peletakan jawatan itu, yang berkuatkuasa pada 31 Ogos.

Beliau sebelum ini sudahpun dijangka akan disingkirkan daripada jawatannya di Media Prima ekoran sokongannya yang kuat ke atas SPRM.

Dalam kenyataannya hari ini, Johan menjelaskan bahawa kontraknya berakhir pada tarikh tersebut dan beliau tidak menerima apa-apa tekanan agar meninggalkan jawatan tersebut.

“Saya ingin jelaskan bahawa saya tidak sekalipun ditekan untuk pergi (dari Media Prima). Saya sangat sedar, sebagai pengerusi panel perundingan dan pencegahan SRPM, saya lantang dalam menyuarakan pendirian panel dalam pelabgai isu.

“Paling menonjol adalah kes yang dilihat sebagai ganggunan ke atas SPRM dan pegawainya serta keadaan berhubung arahan pemindahan dua pegawai kanan SPRM ke Putrajaya.

“Saya akan kekal sebagai pengerusi PPPR dan akan terus bersuara bagi pihaknya secara adil dan tanpa takut atau memihak,” kata Johan.

Johan mengeluarkan kenyataan menyokong SPRM apabila suruhanjaya itu menerima tekanan susulan siasatan ke atas SRC International dan wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Johan menafikan khabar angin itu apabila ditanya mengenainya, awal minggu ini.MK
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger