Home » » LAGI AJK PAS LETAK JAWATAN UNTUK MENYERTAI GHB

LAGI AJK PAS LETAK JAWATAN UNTUK MENYERTAI GHB

Written By canang on Isnin, 24 Ogos 2015 | 8/24/2015 12:55:00 PTG

LAGI AJK PAS LETAK JAWATAN UNTUK MENYERTAI GHB

JOHOR BAHRU - Seramai 91 ahli jawatankuasa yang memegang pelbagai jawatan dalam Pas Kawasan Gelang Patah meletak jawatan masing-masing berkuatkuasa hari ini bagi menyertai parti baru yang bakal dilancar 31 Ogos ini.

Seramai 16 daripada 32 AJK Pas kawasan berkenaan menghantar surat peletakan jawatan mereka termasuk Yang Dipertua Pas Kawasan Gelang Patah, Dzulkefly Ahmad, Naib YDP Kawasan, Isnin Hassan dan Setiausaha, Musa Abdul Wahab.

Manakala seramai 17 daripada 22 AJK Dewan Pemuda kawasan turut meletak jawatan termasuk Ketua Pemuda, Mohd Azam Mektar dan tujuh daripada 15 AJK Dewan Muslimat kawasan turut mengambil langkah sama termasuk Naib Ketuanya, Khadijah Abdul Ghani.

Selain itu 51 ajk daripada sembilan cawangan pas kawasan berkenaan turut meletak jawatan termasuk empat ketua cawangan.

Dzulkefly Ahmad yang juga Timbalan Pengerusi Harapan Baharu Johor berkata, mereka masih kekal sebagai ahli Pas sehingga parti baru ditubuhkan pada 31 Ogos ini dan tujuan perletakan jawatan itu bagi memastikan penyerahan kuasa kepada ajk baru berjalan dengan baik.

Katanya, lebih ramai AJK Pas dari kawasan lain di negeri ini dijangka mengambil tindakan sama bagi menyertai parti baru berkenaan dan memberi fokus memperjuangkan hak rakyat menggunakan pendekatan berbeza dan menepati syariat Islam.
Share this article :

1 ulasan:

IrWrWs berkata...

Pemimpin2 GHB gagal meletak jawatan sbg AP atau ADUN... Di sini kita dah nampak belum pun tertubuh parti baru sudahpun terdedah tiadanya integriti sbg pemimpin.. yg bestnye selama ni pandai kondem kepimpinan sekarang.. Cuba bayangkan sikap ini berterusan sehingga tertubuh parti baru nanti iaitu bermulanya parti baru TANPA integriti..

Bagaimanapun, jika disorot kembali kesah mereka2 sebelum ini, sekiranya mereka berintegiriti selama ni pun pastilah mereka telah mempertahankankan pemimpin sendiri dari mempertahankan pemimpin yg menghalalkan babi dan arak.

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger