Home » » PAS Tak Sertai Bersih 4.0 – Tak Setuju Huru-Harakan Negara!

PAS Tak Sertai Bersih 4.0 – Tak Setuju Huru-Harakan Negara!

Written By canang on Rabu, 12 Ogos 2015 | 8/12/2015 07:39:00 PTG

KUALA LUMPUR – PAS tidak akan menggerakkan ahlinya menyertai perhimpunan besar-besaran Bersih 4 yang disertai DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan pada 29 Ogos ini.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS sebaliknya akan menganjurkan sebuah Kongres Rakyat dalam tempoh terdekat bagi meneruskan agenda parti itu.
“Sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) bahawa PAS tidak akan membuat kerahan atau larangan kepada ahli.
“Kita (bagaimanapun) akan hantar wakil parti bagi mendapat gambaran sebenar format himpunan tersebut. Sebarang arahan (lanjut) kepada ahli akan dikeluarkan setelah kita mendapat gambaran sebenar format himpunan dan tentatif program sepanjang `rally’ yang akan diadakan nanti,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.
Tuan Ibrahim menjelaskan keputusan PAS berhubung perhimpunan Bersih 4 itu kerana tidak bersetuju dengan sebarang usaha yang bertentangan dengan undang-undang bagi mencetuskan kegawatan dalam negara.
Malah, katanya, kongres yang mahu diadakan Lajnah Penerangan PAS Pusat nanti akan diadakan bersama pelbagai pihak yang akan turut serta sama ada sebagai penganjur bersama atau sebagai peserta. – mynewshub.cc
Share this article :

2 ulasan:

Malaysiabaru berkata...

Masyuuk lagi..

Rm1juta setiap kali maki Dap

Rm10juta setiap kali puji Najib


Duit dari mana ?,1mdobi jugaaaak

Mohd Shahrul berkata...

Betul ke huru hara? Ke sekadar nak merajuk sebab tak diajak jadi peneraju bersama macam Bersih 3.0 dulu? Bagi la kenyataan yang bernas sikit sebab kita mampu baca apa yang tersirat dalam tersurat

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger