Home » » Rara dipanggil polis kerana dia berani sertai DAP

Rara dipanggil polis kerana dia berani sertai DAP

Written By canang on Jumaat, 14 Ogos 2015 | 8/14/2015 06:26:00 PG

Rara dipanggil polis kerana dia berani sertai DAP
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata Syefura Othman atau Rara secara terang-terangnya dipilih kerana dia merupakan salah seorang perempuan muda Melayu yang berani untuk melihat perubahan.
Aktivis Young Syefura Othman, atau Rara, dipanggil pihak polis kerana beliau merupakan salah seorang anak muda Melayu DAP yang berani melihat perubahan terhadap negara ini, kata ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.
Lim berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan pihak polis memanggil Rara berhubung posting di Facebook miliknya pada September tahun lepas yang didakwa menghina Sultan.
"Rara secara terang-terangnya dipilih kerana dia merupakan salah seorang perempuan muda Melayu yang berani untuk melihat perubahan (terhadap negara).

"Dia dihukum kerana cuba menakutkan anak muda Malaysia, terutamanya Melayu, dalam melihat perubahan," katanya di ibu pejabat DAP hari ini. Lim bagaimanapun, ketika ditanya mengenai kenyataannya "anak muda Melayu", beliau dengan segera memperbetulkannya dengan berkata: "Anak muda Melayu dan Malaysia."
"Saya rasa semua rakyat Malaysia akan disiasat, bukan anak muda Melayu sahaja," katanya ketika ditanya mengenai kenyataannya itu.
Rara akan disiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi esok berhubung dakwaan penghinaan terhadap Sultan menerusi Facebook susulan laporan polis dibuat terhadapnya.
Menurutnya, selain daripada dakwaan penghinaan terhadap Sultan, beliau juga akan didakwa atas "sebab-sebab yang tertentu" yang tidak dinyataka polis.
Beliau akan disiasat mengikut Akta Hasutan 1948 dan akan ditemani peguam Gobind Singh Deo esok pada jam 10 pagi.
Terdahulu hari ini, Rara menjelaskan kepada The Malaysian Insider, posting tersebut dibuat pada September tahun lepas, berhubung isu aktivis Ali Abd Jalil dan Profesor Dr Azmi Sharom.
Namun, beliau tidak bertanya mengapa laporan polis terhadapnya, dipercayai oleh para “cybertroopers” Umno, hanya dibuat sekarang.
Katanya beliau hanya menulis di postingnya beberapa perkataan seperti ‪#‎Sultanbukantuhan‬ ‪#‎pray4ali‬ ‪#‎mansuhaktahasutan‬ ‪#‎solidaritiwithaliabdjalil‬ dan ‪#‎solidaritiwithazmi‬.SUMBER
Share this article :

1 ulasan:

Ramboo III berkata...

Jahil agama akibat lama diperintah amno sbbkn bdk ini tersasar..hanya nmpk k dunia semata2..agama tolak tepi..esok lusa keluar dap (dap hanya utk bkn islam shj, esp cina) ..dap perosak kpd pakatan..say no to kafir harbi.

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger