Home » » Terkini...Sidang MEDIA Pas Kota Raja dibubar

Terkini...Sidang MEDIA Pas Kota Raja dibubar

Written By canang on Rabu, 19 Ogos 2015 | 8/19/2015 08:53:00 PTG

INTIPATI SIDANG MEDIA YG SEDANG BERLANGSUNG DI KOTA RAJA,

Siti Mariah letak jawatan, 9 cawangan PAS Kota Raja bubar
KLANG: Dr. Siti Mariah Mahmud hari ini bertindak melepaskan kesemua jawatannya dalam PAS termasuk sudah tidak mewakili parti itu sebagai Ahli Parlimen Kota Raja.
Antara jawatan yang disandang beliau dalam PAS adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat.
Ujar Siti Mariah, peletakan jawatan itu dibuat ekoran terdapat perbezaan politik dalam PAS.
"Saya tidak khianati amanah rakyat, saya masih dalam perjuangan Islam, tapi pendekatan politik sudah berbeza.
"Tidak wujud rasa kecewa, oleh kerana pendekatan politik sudah berbeza dan tiada langkah untuk bersatu kembali dalam Pakatan Rakyat, maka kami kena teruskan solidariti ini kerana musuh politik masih sama iaitu Barisan Nasional," katanya di pejabat Pusat Khidmat Parlimen Kota Raja.
Siti Mariah juga mengumumkan pembubaran sembilan cawangan PAS Parlimen berkenaan yang melibatkan lebih 30 orang pimpinan dan AJK kawasan serta cawangan.
Malah pimpinan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) menyuarakan sokongan mereka terhadap perletakan jawatan berkenaan.
Parlimen Kota Raja menyaksikan majoriti kemenangan paling besar oleh Ahli Parlimen PAS dengan 29,395 undi.
Beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Murugesan Sinnandavar.
Siti Mariah sebelum ini pernah membuat penafian yang beliau akan meninggalkan PAS.
Pada Julai lalu, tiga wakil rakyat PAS di Selangor termasuk Siti Mariah mengesahkan akan menyertai parti baru yang akan ditubuhkan oleh GHB pada hujung Ogos ini.
Dua lagi wakil rakyat terbabit ialah ADUN Morib, Hasnul Baharuddin dan ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib.
Share this article :

2 ulasan:

Wan Rosli berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Wan Rosli berkata...

Alhamdulillah.. diharap cawangan2 lain di seluruh negara yg menyokong GHB mengambil tindakan yg sama.. tepat seperti yg TGHA sarankan bahawa ini satu proses pembersihan atau penyaringan.. kini kami majoriti dalam PAS sudah mula mendapat semangat baru serta tidak lagi terasa janggal kerana sebelum ini terpaksa tidor di atas sebuah katil yg mempunyai musuh dalam selimut... fuuuuhhh lega beb..

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger