Home » » 2 kru filem terbaharu Tom Cruise maut, pesawat terhempas di Colombia

2 kru filem terbaharu Tom Cruise maut, pesawat terhempas di Colombia

Written By canang on Isnin, 14 September 2015 | 9/14/2015 05:15:00 PTG


SAN PEDRO DE MILAGOS: Dua maut apabila sebuah pesawat membawa kru filem dibintangi Tom Cruise terhempas di Colombia, kata pihak berkuasa penerbangan dan Universal Pictures.

Kru terbabit baharu saja menutup tirai filem akan datang diarahkan Doug Liman, "Mena" apabila ia terhempas Jumaat ketika kembali ke Lapangan Terbang Enrique Olaya Herrera di Medellin.

Universal Pictures dalam satu kenyataan berkata, pihak produksi mengucapkan takziah kepada anggota kru dan keluarga mereka pada masa sukar itu. Pesawat itu terjunam berhampiran bandar ini di kawasan pergunungan di Colombia.

Seorang pegawai penerbangan awam nasional, Uriel Bedoya berkata, pesawat dua enjin itu terhempas jam 5.30 petang Jumaat (2230 GMT).

 Cruise tiba di Colombia 20 Ogos lalu bagi merakam adegan filem yang berkisar kepada kehidupan juruterbang warga Amerika Syarikat Barry Seal yang bekerja untuk Pablo Escobar, raja dadah yang terbunuh di Medellin pada tahun 1993. -AFP
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger