Home » » Anne Ngasri Kecewa Tindakan Dr Mahathir Sokong Bersih 4.0

Anne Ngasri Kecewa Tindakan Dr Mahathir Sokong Bersih 4.0

Written By canang on Isnin, 7 September 2015 | 9/07/2015 04:56:00 PTG

Putrajaya – Tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menghadiri himpunan Bersih 4.0 baru-baru ini agak mengecewakan, kata Ketua Puteri Umno bahagian Bukit Bintang, Datin Anne Ngasri atau Nasriah Ngasri.

Menurut Anne, masyarakat Malaysia tidak pernah melupakan jasa Dr Mahathir dan menyifatkan tindakan pemimpin itu menghadiri Bersih 4.0 mungkin satu kesilapan.

“Manusia biasa melakukan kesilapan, mungkin kali ini Dr Mahathir lakukan kesilapan” katanya kepada sebuah portal online di Putrajaya, di sini, hari ini.

Terdahulu, tindakan Dr Mahathir yang menghadiri perhimpunan Bersih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos lalu mengundang pelbagai reaksi berbeza.

Menurut Anne lagi, walaupun tindakan Dr Mahathir akan mengundang pelbagai persepsi dari kalangan masyarakat berbilang bangsa di negara ini, beliau tetap menghormati bekas pemimpin negara itu.

“Mana-mana anak muda sekarang mengangkat Dr Mahathir sebagai idola mereka.

“Bagi saya, Dr Mahathir ada sebab tersendiri mengapa beliau melakukan perkara tersebut (turut serta di himpunan Bersih 4.0),” katanya lagi.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger