Home » » Kuasa Bomoh Rosmah..

Kuasa Bomoh Rosmah..

Written By canang on Khamis, 10 September 2015 | 9/10/2015 08:06:00 PTG

Kuasa Bomoh Rosmah....Sebarkan.

suarakami

Apa ke jadahnya Rosmah Mansor berada dalam mesyuarat tergempar kerajaan?
Ini satu pertanyaan tapi dalam masa yang sama ianya juga satu kenyataan. Ini yang dikatakan dalam ilmu falsafah – “kesatuan yang bertelagah”.
Laporan bahawa Rosmah berada dalam mesyuarat kerajaan sebenarnya tidak lagi memeranjatkan Malaysia.
Malah berita ini memperkuatkan lagi keyakinan umum bahawa sebenarnya Najib Razak ini telah menjadi bangkai bernyawa yang berlakon mengikut arahan telunjuk Rosmah Mansor.
Justeru, pembocoran berita dari bekas pegawai Cawangan Khas ini mensahih dan memperkuatkan satu lagi berita yang telah dibocorkan oleh Mahathir Muhamad.
Mengikut Mahathir, si Rosmah ini sedang menggunakan kuasa bomoh untuk mempertahankan suaminya. Menurut Mahathir, si Rosmah ini menggunakan khidmat bomoh dari India dan Jawa.
Awas, ini bukan fitnah. Ini kata-kata dari Mahathir Muhamad. Mahathir Muhamad ini bukan tukang kebun sekolah. Mahathir bukan pakcik warung. Mahathir ialah bekas perdana menteri Malaysia.
Jadi persoalan timbul – apakah ini bermakna 30 juta rakyat Malaysia sedang bertempur dengan Guru Ji – bomoh Rosmah dari India?
Sekali pandang, kesemua berita ini kelihatan seperti berita buruk.
Tetapi hakikatnya semua berita ini adalah berita baik. Semua sedang membantu rakyat Malaysia untuk membenci parti United Malays National Organisation.
Kedegilan suami Rosmah ini semakin jelas dilihat. Kritikan dan tuntutan agar suami Rosmah ini melepaskan jawatan telah datang dari pelbagai sudut.SUMBER
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger