Home » » MISTERI baru kini MENJELMA, Pegawai pendakwa SPRM 'hilang'

MISTERI baru kini MENJELMA, Pegawai pendakwa SPRM 'hilang'

Written By canang on Ahad, 6 September 2015 | 9/06/2015 08:08:00 PTG


KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan terdapat laporan dibuat berkenaan kehilangan Timbalan Pendakwaraya, Kevin Anthony Morais dari Jabatan Peguam Negara. Ketua Polis Daerah Sentul ACP R.Munusamy berkata laporan polis dibuat oleh ahli keluarga mangsa setelah cubaan menghubungi Kevin gagal. "Ya, laporan telah dibuat dan kita sedang melakukan siasatan,

" katanya ketika dihubungi Astro AWANI. Kevin sebelum ini berkhidmat di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai Timbalan Pengarah Pendakwaan. Difahamkan kali terakhir dia dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta untuk keluar bekerja pada pagi Jumaat lalu.

 Sementara itu, menurut portal berita The Rakyat Post yang memetik sumber berkata pemeriksaan di pejabatnya mendapati beliau gagal hadir ke tempat kerja pada Jumaat. Rakan beliau kemudian dikatakan menghubungi abang sepupunya,

 Datuk Richard Morais, yang kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang pada jam 6 petang Sabtu. Portal itu turut menyatakan bahawa Kevin kembali ke Jabatan Peguam Negara selepas menyelesaikan tugas di SPRM.

 Difahamkan, Kevin kali terakhir menggunakan kenderaan rasmi kerajaan dengan nombor pendaftaran WA 6264 Q.



Kereta dipercayai milik Kevin ditemui terbakar

  


Kereta yang dipercayai milik Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Kevin Anthony Morais ditemui dalam ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Samak di Hutan Melintang, Perak semalam.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata pihaknya menemui kereta itu kira-kira pukul 10 pagi.
"Kereta itu terletak kira-kira tiga kilometer dari jalan raya. Namun jenis kereta itu belum dapat disahkan modelnya disebabkan keadaannya yang terbakar seratus peratus.
"Model kereta itu nampak seperti Proton Perdana atau Honda Accord," katanya kepada pemberita di Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat di Jeti Hutan Melintang, hari ini.
Beliau berkata pihaknya masih menunggu laporan pakar untuk mengesahkan model kereta berkenaan.
Namun tiada mangsa ditemui dalam kereta berkenaan, tambahnya.
Kevin dilaporkan hilang dan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur pada Jumaat lepas untuk ke pejabatnya di Putrajaya.
Beliau dilapor memandu kereta Proton Perdana berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran WA6264Q.
-Bernama
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger