Home » » Mufti Besar Saudi selar filem Iran berjudul Muhammad:

Mufti Besar Saudi selar filem Iran berjudul Muhammad:

Written By canang on Ahad, 6 September 2015 | 9/06/2015 10:37:00 PG

JEDDAH - MAKKAH. Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz al-Asheikh menyelar pembikinan filem Iran berjudul Muhammad: Messenger of God dan menegaskan bahawa Islam tidak membenarkan Rasulullah dipaparkan secara visual.

Sheikh Abdul Aziz mendakwa filem berdurasi 171 minit tersebut tidak memaparkan cerita sebenar selain menjejaskan imej Nabi Muhammad SAW yang memainkan peranan penting dalam Islam.

Minggu lalu, ulama al-Azhar dan Liga Islam Sedunia (MWL) turut mengecam filem tersebut serta mendesak Teheran supaya mengharamkan tayangannya.

Sejak awal minggu lalu, hampir 140 pawagam di Iran menayangkan filem termahal pernah dihasilkan di negara itu yang menelan kos AS$40 juta (RM169 juta) dalam laporan Arab News
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger