Home » » Nama Rosmah Mansor ‘Dijual’ Untuk......

Nama Rosmah Mansor ‘Dijual’ Untuk......

Written By canang on Selasa, 8 September 2015 | 9/08/2015 07:17:00 PTG

Kuala Lumpur – Nama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sering dikaitkan oleh pihak tertentu bagi memastikan isu yang ingin dibawa mudah ‘dijual’ kepada rakyat.

Pembantu Peribadi kepada isteri Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor berkata, Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Hamid Bador dan Datuk A Kadir Jasin antara mereka yang mempergunakan nama Rosmah untuk menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir terpaksa ‘menjual’ nama Rosmah dengan mengaitkan isteri Perdana Menteri itu dengan pembelian cincin bernilai RM24 juta.

“Cara paling mudah untuk jual cerita, kaitkan nama Datin Seri Rosmah Mansor.

“Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir – pun terpaksa “jual” nama Datin Sri Rosmah Mansor sebelum nak mulakan serangan terhadap Dato’ Sri Najib.. perhatikan bagaimana beliau mulakan dengan isu cincin..

“..Padahal beliau sendiri tahu kebenarannya (beliau yang lancarkan buku biografi yang turut menjawab fitnah cincin) tapi “terpaksa guna” nama Datin Sri Rosmah untuk menarik perhatian masyarakat,” katanya menerusi posting terbaharu di Facebook.

Tambahnya, bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Datuk Hamid Bador ‘turut menggunakan nama Rosmah bagi mendedahkan isu terbaharu yang ingin disebarkan.

Rizal berkata, bekas Pengarang New Straits Times (NST), Kadir Jasin juga terpaksa menggunakan nama Rosmah dalam setiap penulisannya bagi menarik perhatian pembaca.

“Bekas Ketua Pengarang NST merangkap blogger Nikah Kahwin A. Kadir Jasin – sentiasa menyebut nama Datin Sri Rosmah Mansor dalam kebanyakan posting beliau untuk tarik perhatian pembaca,” katanya.sumber
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger