Home » » Selepas 'Kencing' Ahli UMNO, Najib cuba 'Kencing' Ahli PESAKA pula..

Selepas 'Kencing' Ahli UMNO, Najib cuba 'Kencing' Ahli PESAKA pula..

Written By canang on Isnin, 21 September 2015 | 9/21/2015 06:33:00 PTG

Selepas 'Kencing' Ahli UMNO, Najib cuba 'Kencing' Ahli PESAKA pula..
Betullah kata Wanita UMNO Langkawi tu.. Najib ni kaki kencing.. apa saja yang dia cakap lebih banyak auta dari fakta, hanya yang bodoh akan mempercayainya bulat-bulat..
Riuh rendah macai-macai yang berbaju merah bertempur dengan FRU di hadapan Petaling Street dia boleh kata "walaupun sebelumnya perhimpunan orang Melayu dimomokkan dengan kekecohan, namun perhimpunan tetap berlangsung aman."
Amanlah sangat.. sebab aman itulah tiga anggota Polis cedera..
Dalam masa yang sama Najib juga akui himpunan itu hanyalah himpunan untuk pertahankan dirinya yang kebelakangan ini dikutuk dari segenap penjuru alam..
Kenapa agaknya Najib menjadi satu-satunya Presiden UMNO yang dikutuk begini rupa?.. macai-macai fikirkanlah..
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Himpunan Rakyat Bersatu yang diadakan Rabu lalu sebagai satu manifestasi kebangkitan orang Melayu untuk mempertahankan maruah dan kepimpinan negara daripada dikutuk dan dihina.
Berucap yang merasmikan Perhimpunan Silat Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) Merdeka 2015 di Dataran Merdeka malam tadi, Najib pada masa sama menyifatkan perhimpunan itu membawa mesej saling menghormati dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini.
"Sekali tampar, kita tak buat apa. Dua kali tampar...tak buat apa..tiga kali tampar..tak buat apa..tapi empat kali tampar sudah melampaui batas. Orang Melayu ada hak juga.
"Orang Melayu boleh bangun bila maruah mereka tercalar, bila pemimpin dihina, dikutuk dan dipermalukan. Cukup jangan sesiapa ulang perbuatan durjana seperti ini," katanya.
Najib menegaskan walaupun orang Melayu mempunyai hak untuk marah susulan beberapa perhimpunan haram sebelum ini, namun masih mampu untuk berkumpul secara bertamadun.
Kata Najib, walaupun sebelumnya perhimpunan orang Melayu dimomokkan dengan kekecohan, namun perhimpunan tetap berlangsung aman.
"Tidak ada sepanduk yang menghasut kaum lain, ada tidak?"
"Ada tidak gambar keris berdarah? Ada tak gambar pemimpin pemimpin pembangkang yang kita pijak-pijak gambarnya? Tidak ada, tidak ada. Kita bukan orang yang buat himpunan atau demonstrasi jalanan," jelas Najib.
Najib dalam ucapannya turut mengingatkan bahawa kerajaan tidak akan boleh ditukar melalui demonstrasi jalanan.
Beliau turut menyeru seluruh masyarakat untuk tidak termakan 'racun' yang ditaburkan dari dalam dan luar, mahupun di alam maya yang mahu mengoncang kerajaan.
Turut hadir Pengerusi Pesaka, Tan Sri Ali Rustam, Penasihat Sosio Budaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan.
Najib pada majlis itu turut mengisytiharkan silat sebagai seni mempertahankan diri rasmi negara lapor AstroAwani
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger