Home » » Panas!!!! TMJ Arah Bendera Jalur Gemilang Diturunkan Di Negeri Johor

Panas!!!! TMJ Arah Bendera Jalur Gemilang Diturunkan Di Negeri Johor

Written By canang on Isnin, 21 September 2015 | 9/21/2015 11:06:00 PTG

Segamat – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggesa agar semua jabatan dan bangunan di negeri Johor supaya menurunkan bendera Jalur Gemilang yang dipasang.

Menurut satu kenyataan yang dihantar kepada SuaraTV, arahan tersebut dikeluarkan berikutan sambutan hari kebangsaan telah pun selesai, maka bendera tersebut hendaklah digantikan dengan bendera daerah masing- masing.

“Menjujung titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor, semua Bendera Malaysia (Jalur Gemilang) di seluruh negeri Johor hendaklah diturunkan serta merta kerana sambutan sempena Hari Kebangsaan telah selesai.

“Bendera Malaysia tersebut hendaklah digantikan dengan bendera daerah masing-masing” ujar kenyataan di dalam surat yang ditandatanggani oleh Pegawai Daerah Segamat, Haji Ahmad Haji Ma’in.

Kenyataan bertarikh 17 September itu, selain bangunan di jabatan negeri surat tersebut turut diedarkan kepada Ketua Jabatan Persekutuan, Ketua Badan Berkanun, pihak Swasta, dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Tinjauan SuaraTV mendapati ada dikalangan penguna media sosial Facebook menyifatkan tindakan itu sebagai cubaan untuk membawa keluar negeri Johor dari Malaysia.sumber
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger