Home » » Ketua PAC: Ringgit jatuh baik untuk penduduk kampung

Ketua PAC: Ringgit jatuh baik untuk penduduk kampung

Written By canang on Khamis, 29 Oktober 2015 | 10/29/2015 11:09:00 PTG

Pengerusi Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin memberitahu Dewan Rakyat bahawa kejatuhan nilai ringgit baik untuk masyarakat luar bandar.
Ini kerana, kata Hasan (BN-Rompin), keadaan itu menyebabkan harga komoditi meningkat.
Hasan berkata demikian ketika mencelah perbahasan Rafizi Ramli (PKR-Pandan) berkaitan belanjawan 2016 yang dibentangkan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak Jumaat lepas.
Pasaran komoditi kini tidak menentu dengan harganya jatuh sepanjang tahun sebelum pilih semula pada Oktober.
Harga Minyak sawit mentah (CPO) ditutup tinggi minggu lepas sementara pasaran getah pula bercampur-campur.
CPO bagaimanapun akan dipengaruhi oleh pergerakan ringgit, menurut peniaga.
Sementara itu, Hasan berkata kerajaan tidak patut menyuntik wang untuk menstabilkan nilai ringgit.
Beliau bagaimanapun tidak mengulas panjang selepas Rafizi tidak lagi memberi laluan kerana kesuntukan masa
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger