Home » » Ahli Umno Merbok diberi amaran hindari Dr Mahathir jika mahu selamat -

Ahli Umno Merbok diberi amaran hindari Dr Mahathir jika mahu selamat -

Written By canang on Isnin, 9 November 2015 | 11/09/2015 12:25:00 PTG


Ketua Umno Bahagian Merbok Datuk Tajul Urus Mat Zain meminta Tun Dr Mahathir Mohamad menghentikan serangan terhadap kepimpinan parti Umno dan memberi amaran anggota Umno supaya menghindari bekas perdana menteri itu sekiranya tidak mahu menerima tindakan dari parti. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 November, 2015.Ketua Umno Bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Mat Zain, dilaporkan memberi amaran kepada beberapa ketua cawangan bahagian itu yang didakwa cuba menyerang kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dakwanya, menurut akhbar Utusan Malaysia hari ini, gerakan itu diketuai seorang ketua cawangan yang pernah bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya lalu yang menjemput bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi ceramah.

Tajul berkata, ahli parti harus menghindari majlis ceramah itu sekiranya mereka tidak mahu berdepan tindakan dari parti.

"Selain itu, saya juga meminta Dr Mahathir supaya berhenti daripada melakukan serangan demi serangan terhadap kepimpinan parti yang dilihat mendatangkan kesulitan terhadap Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir dalam memilih antara bapa dan bosnya.

"Kami sayangkan Mukhriz dan karier politiknya. Tetapi pendirian kami tegas, sama ada tenggelam atau timbul, Umno Merbok tetap bersama kepimpinan presiden dan timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi," beliau dipetik berkata akhbar milik Umno itu.

Dr Mahathir kini menjadi pengkritik utama pentadbiran Najib apabila berulang kali mendesak perdana menteri memberikan penjelasan memuaskan tentang operasi dana sarat hutang negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tekanan ke atas bekas perdana menteri ke-4 itu diperhebat apabila polis semalam bertindak menyiasat Mahathir, dipercayai berhubung kenyataannya pada himpunan Bersih 4 pada hujung Ogos lalu. – 7 November, 2015.

Share this article :

2 ulasan:

M.N.Hasnal Bakiyah berkata...

Wau..
Wau..
kita orang lantik lu org jd adun...dan jd..lu org mau ugut2 pulak kita ya.
ini jenis adun yg kurang ajaq
lu tunggu PRU 14...
lu akan kenai langit tinggi rendah

Rakyat diutamakan berkata...

Lu langsi lu mati maa.....nanti PRU 14 wa kasi ajar sama lu..

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger