Home » » Kaitkan Najib, Rosmah dengan pembunuhan, KPN arah tangkap pengguna Twitter

Kaitkan Najib, Rosmah dengan pembunuhan, KPN arah tangkap pengguna Twitter

Written By canang on Isnin, 30 November 2015 | 11/30/2015 06:25:00 PTG

Kaitkan Najib, Rosmah dengan pembunuhan, KPN arah tangkap pengguna Twitter
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan pengguna Twitter ditangkap kerana didakwa membuat posting menghasut, mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan beberapa kes berprofil tinggi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 November, 2015.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan pengguna Twitter ditangkap kerana didakwa membuat posting menghasut, mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan beberapa kes berprofil tinggi.
Ketua polis negara mengarahkan pengguna Twitter dengan nama Faisal Rohban ditangkap kerana didakwa membuat posting menghasut, mengaitkan akuan bersumpah adik kepada Timbalan Pendakwa Raya Kevin Morais dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. "PCIRC @PDRMsia, kesan dan tahan penama dibawah ini kerana menghasut," kata Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui Twitternya @KBAB51.
Dalam postingnya, Faisal menyenaraikan pembunuhan Altantuya Shaariibu dari Mongolia, pengasas AmBank Hussain Ahmad Najadi, Kevin dan juga kematian penyiasat persendirian S Balasubramaniam dan berkata semuanya berkaitan dengan Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
"Mereka ini tidak ada kerja ke selain dari membunuh orang?" katanya dalam posting itu.sumber
Share this article :

1 ulasan:

Unknown berkata...

Bila lagi mau bodek..inilah masa nya

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger