Home » » Dibawa ke balai kerana poster 'Mana RM2.6 bilion?'

Dibawa ke balai kerana poster 'Mana RM2.6 bilion?'

Written By canang on Rabu, 23 Disember 2015 | 12/23/2015 09:48:00 PTG

Dibawa ke balai kerana poster 'Mana RM2.6 bilion?'

Seorang lelaki didakwa dibawa ke balai polis selepas 20 keping poster bertulis “Mana RM2.6 bilion?” ditemui dalam keretanya.
Low Yong Zhao, anggota DAP Pahang, dikatakan ditahan dalam pemeriksaan rambang di Taman Midah, Cheras ketika sedang memandu.
Selepas rundingan, dibantu oleh pembantu kepada seorang pemimpin DAP melalui telefon, polis meminta Low ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Cheras bersama mereka, menurut rakan Low.
“Mereka tidak menahannya, mereka hanya mahu dia ke balai polis untuk membuat laporan bahawa beliau diberhentikan oleh polis,” kata seorang rakan Low, yang hanya mahu dikenali sebagai Billy.
Billy mendakwa polis meminta Low membawa poster-poster itu bersamanya ke balai polis.
Poster “Mana RM2.6 bilion?” kali pertama dipamerkan oleh anggota parlimen pembangkang dalam Dewan Rakyat selepas pembentangan Belanjawan 2016 pada Oktober.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini terus dihantui isu kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.

sumber
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger