Home » » Aktivis ikrar pulangkan RM50 ribu seperti Najib tapi..

Aktivis ikrar pulangkan RM50 ribu seperti Najib tapi..

Written By canang on Jumaat, 29 Januari 2016 | 1/29/2016 09:21:00 PG

Aktivis Fahmi Reza kini RM50,000 lebih kaya dan mengharapkan lebih banyak cek akan menyusul tidak lama lagi.
Ini selepas Mahkamah Tinggi mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan polis membayar pampasan kepadanya kerana tangkapan yang menyalahi undang-undang semasa protes di Dataran Merdeka pada tahun 2012.
Beliau yang menerima cek daripada DBKL hari ini dengan nada menyindir, berkata beliau telah mengambil keputusan untuk mengikut jejak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan mengembalikan wang itu.
Walau bagaimanapun, Fahmi tidak berhasrat untuk mengembalikan wang itu kepada pendermanya tetapi akan menghulurkannya kepada rakyat.
“Mengikut jejak langkah perdana menteri kita yang mana bijaksana, aku juga buat keputusan untuk pulangkan balik duit ni, tapi bukan kepada keluarga diraja Arab Saudi atau kepada DBKL, tetapi kepada rakyat.
“Tapi berbeza dengan Najib yang hanya pulangkan sebahagian daripada dana yang kononnya disumbangkan kepada dia, aku tak merancang untuk ambik satu sen pun duit ni.
“Kesemuanya akan disalurkan ke dalam sebuah tabung yang akan berikan dana kepada projek-projek dan usaha-usaha aktivisme melawan korupsi penguasa yang korup,” katanya di Facebook.
Ingat lagi kes aku menang lawan DBKL dan PDRM tahun lepas?Akhirnya DBKL dah hantar aku cek duit gantirugi dan kos yang...
Posted by Fahmi Reza on Wednesday, January 27, 2016
Pada 29 Disember tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan DBKL dan polis membayar Fahmi RM38,000 sebagai ganti rugi dan teladan serta bayaran kos sebanyak RM12,000.Malaysiakini
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger