Home » » |FULL MOVIE DIWALE] Ini Dia Pemilik Suara Sebenar Lagu 'Berhantu' Filem Diwale

|FULL MOVIE DIWALE] Ini Dia Pemilik Suara Sebenar Lagu 'Berhantu' Filem Diwale

Written By canang on Jumaat, 8 Januari 2016 | 1/08/2016 05:39:00 PTG


Ya betul demam Diwale belum berakhir. Sebab tu nak cerita lagi tentang filem ini tapi kali ini tentang dua lagu berhantunya iaitu Janam Janam dan Gerua. Di You Tube setakat ini, lagu Gerua saja mendapat lebih 42 juta tontonan sementara lebih enam juta tontonan untuk lagu Janam-janam.
Tak dinafikan dua lagu ni makin lama didengar makin sedap hingga boleh terngiang-ngiang di telinga. Tambah pula bila tengok video klip dua lagu ini. Memang jadi jiwang bila melihat Shah Rukh Khan dan Kajol beraksi.

Tapi korang tahu kan bukan mereka berdua yang menyanyi. Jadi siapa empunya suara yang cukup indah dan mendayu-dayu ini? Ha, ni dia orangnya. Kedua lagu Janam-janam dan Gerua ini dinyanyikan oleh Arijit Singh dan juga Antara Mitra. Ini info penyanyinya untuk korang.

Arijit Singh
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/0401/7jan/Arijit1pg.jpg
Merupakan seorang pemuzik dan penyanyi latar untuk filem Bollywood. Dia memang dikenali dengan lagu lagu cinta dan digelar sebagai penyanyi romantik di sana. Bakatnya menyerlah dengan lagu Tum Hi Ho dari filem Asshiqui 2 yang turut membolehkan dia menerima anugerah Best Male Playback Singer dalam 59th Film Fare.
Dari situ dia namanya melonjak sehingga suaranya sering kali digunakan untuk lagu-lagu dalam  filem yang jika mahu disenaraikan cukup panjang sekali. Sengaja dengan imej jambang, Arijit Singh ini memang membuat duit dengan suaranya. Menurut Forbes's Celebrity 100 List, dia punyai pendapatan US 5.2 juta dollar pada tahun 2014. Wow!

Antara Mitra
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/0401/7jan/anatar1.jpg
Suara penyanyi wanita dalam lagu filem Diwale  ini adalah milik Antara Mitra. Seperti Arijith Singh, dia juga merupakan penyanyi dan penyanyi latar untuk filem Bollywood. Berusia 28 tahun, Antara Mitra merupakan salah seorang peserta Indian Idol tahun 2006 yang menjadi titik tolak penglibatannya dalam bidang seni.

Penyertaan dalam rancangan realiti Junoon pada umur 18 tahun membolehkan dia mengembangkan kariernya meskipun tidak memenanginya. Ia membolehkan suaranya menjadi latar untuk hampir 20 buah filem termasuk yang terbaru Diwale. Selain Janam Janam dan Gerua dalam filem Diwale dia yang juga dipanggil Gerua Girl menyanyikan satu lagi lagu iaitu Manma Emotion.

Untuk pengetahuan korang juga komposer untuk kedua-dua lagu ini adalah Pritam Chakraborty dan lirik oleh Amitabh Bhattacharya. So macam mana? Dah tengok empunya punya suara cuba bayangkan kalau mereka di dalam video klip tu. Adakah korang punya feel yang sama? Sendiri jawab ok.


FULL MOVIE DIWALE KLIK SINI
                                                   FULL MOVIE DIWALE KLIK SINI
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger