Home » » Janda Guna Anak Selindung Maksiat Bagi Elak Dicekup

Janda Guna Anak Selindung Maksiat Bagi Elak Dicekup

Written By canang on Rabu, 6 Januari 2016 | 1/06/2016 02:07:00 PTG

BALIK PULAU: Seorang ibu yang berstatus janda sanggup membawa bersama anaknya ke sebuah hotel bajet bagi mengelirukan orang ramai akan perbuatan maksiat yang dilakukan pada malam ambang tahun baru 2016, baru-baru ini.
Bagaimanapun tindakannya gagal setelah dia dicekup oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dalam satu operasi khas yang dijalankan sempena tahun baharu.
Ketua Bahagian Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan memberitahu janda yang berusia awal 30-an berasal dari Sungai Petani, Kedah itu telah ditahan bersama pasangannya yang juga suami orang dekat Jalan Teluk Air Tawar di sini sekitar jam 3 pagi.
“Wanita itu ditahan bersama pasangannya dari Balik Pulau yang dilaporkan sudah berkahwin,” katanya.
Tambah Khairul Azman, seramai 48 individu berumur lingkungan antara 18 hingga 30 tahun ditahan dalam operasi khas yang dijalankan di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Daerah Timur Laut, di sini.
“Seramai 26 lelaki dan 24 wanita ditahan dalam operasi bermula jam 2 pagi itu,”katanya.
Katanya, kesemua mereka akan didakwa mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 dan sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger