Home » » Kos sara hidup takkan turun, kata Ahmad Maslan

Kos sara hidup takkan turun, kata Ahmad Maslan

Written By canang on Jumaat, 8 Januari 2016 | 1/08/2016 06:53:00 PG


Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan sebelum ini mencadangkan rakyat mengambil 2 pekerjaan untuk menampung kos sara hidup. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Januari, 2016. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan berkata hari ini tidak ada kemungkinan kos sara hidup akan turun, sambil menambah ia adalah realiti yang dihadapi seluruh dunia.

The Malay Mail Online melaporkan beliau berkata demikian dalam satu temubual di TV3 menerusi program Wanita Hari Ini.

Menteri yang baru-baru ini mencetuskan kontroversi kerana mencadangkan rakyat Malaysia mengambil 2 pekerjaan, juga menasihati rakyat mengubah sikap dan gaya hidup mereka serta belajar untuk menambah pendapatan mereka.

Beliau turut menggesa orang ramai berniaga atas talian sebagai langkah mendapatkan lebih banyak pendapatan.

"Anak saya beli tudung dia online. Anak saya beli kasut dalam talian. Makanan juga kami beli online. Tetapi kenapa kita hanya beli? Sekarang kita perlu menjadi penjual juga," kata beliau dalam wawancara tersebut.

Ahmad juga menggesa orang ramai berhenti memberi alasan dan mencari peluang untuk berniaga.

Rakyat Malaysia juga dinasihati menjadi pengguna bijak dan hanya membeli daripada peniaga beretika dalam menangani kenaikan kos sara hidup.

Pada akhir bulan lalu, timbalan menteri itu mengadu kenyataan beliau diputar belit media mengenai cadangannya agar masyarakat membuat 2 kerja bagi menampung kos sara hidup.

Katanya, beliau berniat baik dan mencadangkan perniagaan online untuk mendapatkan pendapatan tambahan. – 6 Januari, 2016.
Share this article :

2 ulasan:

mansor berkata...

bangang betol ahmad maslan ni...dulu kata GST akan menjatuhkan harga...sekarang dah terbalik...betul ke menteri UMNO ni.....

otaiblues.blogspot berkata...

ape nk buat.bangang dia pun dia jd menteri. tak salah siapa..pengundi yg memenangkan dia.atau orang yg melantik dia jd menteri..
dengan adanya gst harga barang akan turun..semua pakat percaya..dia membangangkan rakyat malaysia sebangang2 nya.
kesian kita yg bermenterikan dia..
macam kata hisyamuddin rais..bodoh atau bangang itu adalah satu anugerah.
kita ikut kan je la.pointer dia 3.85 kan.

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger