Home » » Tun M akui simpan banyak rahsia Zahid Hamidi

Tun M akui simpan banyak rahsia Zahid Hamidi

Written By canang on Rabu, 6 Januari 2016 | 1/06/2016 09:01:00 PTG

Tun M akui simpan banyak rahsia Zahid Hamidi
Beliau memilih untuk tidak mengaibkan pemimpin nombor dua dalam kerajaan walaupun Zahid telah memburukkan namanya
mahathir-zahid
PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mahu mendedahkan kisah buruk mengenai Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi walaupun beliau menyimpan banyak rahsia dan kisah silam Timbalan Perdana Menteri itu.
Menurut Dr Mahathir, beliau boleh mendedahkan kisah buruk Ahmad Zahid pada masa lampau namun, memilih untuk tidak mengaibkan pemimpin nombor dua dalam kerajaan itu.
“Saya tidak suka hendak cungkil ‘benda-benda kotor’ yang dari waktu belakang (silam). Kita semua banyak buat dosa, tetapi banyak orang tidak mahu sebut. Kalau hendak kata saya buat salah, katalah. Semua orang terimalah,” katanya.
Dalam satu wawancara eksklusif bersama FMT, Dr Mahathir turut mendedahkan bahawa beliau mengenali secara mendalam sikap dan tingkah laku Ahmad Zahid memandangkan beliau sendiri yang melantiknya sebagai menteri kabinet.
“Dia (Ahmad Zahid) dapat jadi menteri pasal saya juga. Kalau saya cerita hat (perkara) lama nanti jadi buruklah,” ujarnya.
Sebelum ini, Ahmad Zahid menggesa semua pihak tidak menyalahkan kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sebaliknya melihat apa yang dilakukan pentabiran kerajaan sebelum ini.
Dakwaan itu merujuk kepada zaman pemerintahan Dr Mahathir susulan beberapa isu yang disifatkan berat sebelah khususnya mengenai kenaikan tambang ERL sebanyak RM55 daripada RM35.
“Disebabkan najis yang terpalit dulu, jangan salahkan kita sepenuhnya, walaupun bukan 100 peratus kita kena faham, mahasiswa nakkan tadi supaya ada diskaun kad untuk ERL, cuma semua harus faham bahawa kalau rombak, kita terpaksa bayar puluhan ribu sebab melanggar perjanjian konsesi,” kata Ahmad Zahid
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger