Home » » 156 profesor ditamatkan kontrak kerana pengecilan bajet Putrajaya -

156 profesor ditamatkan kontrak kerana pengecilan bajet Putrajaya -

Written By canang on Selasa, 23 Februari 2016 | 2/23/2016 11:02:00 PTG


Putrajaya dikatakan perlu membelanjakan hingga RM3 juta untuk melahirkan setiap ahli akademik bertaraf profesor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Februari 2016.Seramai 156 atau 33% daripada 507 profesor berstatus kontrak berusia 61 hingga 70 tahun di universiti awam tidak dilanjutkan perkhidmatan mereka kesan daripada pengecilan bajet di institusi berkenaan, lapor akhbar Kosmo hari ini.

Menurut akhbar itu, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Profesor Negara (MPN) Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose berkata, sumbangan profesor kontrak dalam bidang pendidikan dan penyelidikan di universiti sepatutnya dipertimbangkan dan bukannya terus “dibuang”.

“Untuk meraih gelaran profesor, seseorang itu memerlukan proses yang panjang kerana mereka perlu diiktiraf menerusi kepakaran masing-masing.

“Namun begitu, apabila sampai umur 60 tahun, mereka diberhentikan pula.

“Kita minta kerajaan mengutamakan usaha-usaha memartabatkan sektor akademik di negara ini,” katanya seperti dilaporkan Kosmo hari ini.

Katanya, mengikut profil MPN, lebih separuh daripada profesor di negara ini kini berumur dalam lingkungan 55 tahun dan melihat pada usia itu mereka hanya mempunyai 5 tahun untuk berkhidmat dan menyumbang kepakaran masing-masing kepada generasi baharu.

Kosmo melaporkan, Malaysia mempunyai 2,254 profesor dengan 1,867 berkhidmat di 20 buah universiti awam manakala bakinya di universiti swasta.

Menurut akhbar itu, Putrajaya dikatakan perlu membelanjakan hingga RM3 juta untuk melahirkan setiap ahli akademik bertaraf profesor. – 23 Februari, 2016.
Share this article :

1 ulasan:

SEK KEB HUTAN PERCHA berkata...

tu la..padan muka..majlis profesor kan kuat mengampu najib..

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger