Home » » Kereta Rasmi Milik Kerajaan Dikecualikan Daripada Saman Had Laju

Kereta Rasmi Milik Kerajaan Dikecualikan Daripada Saman Had Laju

Written By canang on Khamis, 24 Mac 2016 | 3/24/2016 11:07:00 PTG

KUALA LUMPUR: Semua kereta rasmi milik kerajaan tidak akan disaman sekiranya mereka memandu melebihi had laju yang telah ditetapkan, lapor Malaysiakini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, ini kerana kebanyakkan kereta yang dinaiki oleh menteri adalah atas urusan rasmi kerajaan.

"Ia adalah sesuatu yang berbeza sekiranya saman had laju dikenakan terhadap kereta milik peribadi."

"Kereta kerajaan, jika kita dalam urusan rasmi, kita terpaksa bawa laju kita maklum pada polis."

"Contohnya saya terlambat dari satu acara untuk ke acara lain, kemudian saya perlu memandu laju dan ditangkap. Kami akan jelaskan pada polis yang kami dari acara itu ke acara itu."

"Kalau kereta rasmi, kami akan jelaskan pada polis. Kereta rasmi kerajaan digunakan untuk urusan kerajaan. Takkan digunakan untuk urusan kerajaan kita kena bayar saman juga.

"Kalau kereta sendiri, pemandu saya memandu kereta peribadi saya, saya akan bayar (jika disaman)," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan saman terhadap kenderaan rasmi menteri oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Masir Kujat dan soalan tambahan daripada Teo Kok Seong (DAP-Rasah).. - Siakapkeli.my
Share this article :

1 ulasan:

QalamQabut berkata...

Semua kereta rasmi milik kerajaan?

Termasuk yg digunakan penyelenggara setor pi beli dedak subsidi? Habis semua drebar jabatan kerajaan nak speed sebab ada urusan mustahak, nak pergi cepat, nak balik cepat.

Sepatutnya bomba, ambulan dan peronda polis saja yg boleh speed. Kastam, Imigresen, kenderaan tertentu yg diluluskan saja. Kereta VVIP boleh speed kalau ada eskot. Yg lain kena ikut undang2. Tidak kalau harubiru jalanraya Malaysia, banyak sangat menteri buat sibuk siang malam.

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger