Home » » IGP sahkan Rafizi ditahan di bawah OSA

IGP sahkan Rafizi ditahan di bawah OSA

Written By canang on Selasa, 5 April 2016 | 4/05/2016 09:36:00 PTG

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penahanan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.
“Sahkan bahawa YB Rafizi Ramli telah ditahan sebentar tadi, di luar bangunan Parlimen dan akan disiasat di bawah Sect 8 OSA,” tulis Khalid di twitter.
Akta Rahsia Rasmi 1972 adalah satu akta yang diwujudkan khusus bagi mengelakkan kebocoran rahsia rasmi yang "memudaratkan keselamatan atau kepentingan negara".
Rafizi ditahan dipercayai kerana mendedahkan dokumen Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang mendakwa ia membuktikan hubungan antara 1MDB dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Pendedahan maklumat sulit itu diklasifikasikan sebagai OSA 1972.
Dakwanya, kaitan itu mungkin menjejaskan keupayaan LTAT untuk membayar pampasan atau gratuiti kepada veteran tentera yang telah bersara.
Malaysiakini tidak memiliki dokumen itu dan tidak melaporkan penjelasan lanjut Rafizi pada sidang medianya kerana kekangan undang-undang.
Khalid yang memberi respon perkara itu berkata sekiranya terbukti bahawa dokumen tersebut diklasifikasikan sebagai rahsia, polis juga akan menyiasat pihak yang membocorkannya.
Rafizi turut menyatakan kesediaan direman kerana mendedahkan dokumen bawah OSA dengan syarat Pengarah Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy turut berdepan hukuman sama sama.
Anggota Parlimen Pandan itu turut mendesak Khalid memberi jaminan tersebut kepadanya.
Selain Rafizi, ahli PAC dan ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua juga adalah pengkritik lantang 1MDB, yang merupakan cetusan idea Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
1MDB, bagaimanapun, mendakwa tuduhan terhadap firma itu adalah bermotifkan politik.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger