Home » » 'Najib, Rosmah dan konco akan disumbat ke Sungai Buloh'

'Najib, Rosmah dan konco akan disumbat ke Sungai Buloh'

Written By canang on Sabtu, 2 April 2016 | 4/02/2016 08:40:00 PTG

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, rakyat tidak seharusnya takut dengan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor. Katanya, mereka akan dijatuhkan seorang demi seorang dan dihantar ke penjara Sungai Buloh. – Sumber KINITV

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini hadir pada perhimpunan membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) anjuran Pakatan Harapan yang juga menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Ketibaan beliau telah diumumkan oleh Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu yang membuat ucapannya di atas sebuah lori kecil lapor Malaysiakini.
Oleh kerana ribuan yang berhimpun, Mat Sabu menggesa peserta perhimpunan dan media untuk memberi laluan kepada pemimpin berusia 90 tahun itu.
Tun Dr Mahathir sebelum ini di dalam Kongres Rakyat menurut video yang disiarkan oleh KiniTV berkata, beliau  sudah menasihati Najib agar melaksanakan GST pada kadar rendah terlebih dahulu tetapi beliau berdegil.
Sebelum ini, katanya, Malaysia berada dalam keadaan cukup baik di mana rakyat mempunyai kerja dan pendapatan yang munasabah.

Kira-kira 400 penunjuk perasaan berhimpun Kompleks Beli-Belah Sogo, 300 di Kampung Baru dan 300 lagi di Jalan Sultan berkumpul seawal jam 12 tengah hari dan mula berarak merentasi ibu kota menuju Dataran Merdeka secara berperingkat sekitar 2.15 petang.
“Genap setahun rakyat malaysia dikenakan GST,” kata pemimpin PKR, Tian Chua di Pasar Seni; “Rakyat sudah bosan dengan tekanan.”
“Ini bukan masa untuk berhujah, sebaliknya bertindak tegas dan memastikan bawa impak besar. Ini semua berpunca daripada Perdana Menteri dan menuntut beliau berundur. Kami mahu perubahan berlaku serta-merta.”
Laungan “Mansuh GST” dan “Undur Najib” berselang-seli sepanjang perjalanan dari checkpoint masing-masing, dan kumpulan paling hadapan dari Pasar Seni telah memenuhi jalan hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad menanti kedatangan kumpulan daripada tempat lain.
Setakat berita ini ditulis jam 3.13 petang, angka di barisan hadapan dianggarkan mencecah 3000 orang.
“Kalau kata panas (cuaca), kita hati lagi panas,” kata Izzah dari atas sebuah pentas yang didirikan di atas sebuah lori berhampiran Dataran Merdeka.
“Dia (merujuk seseorang berkaitan BN) sibuk beli-belah di Hawaii, tapi kita pulak dicukai habis-habisan. Tunggu tahun depan, diakan naikkan lagi cukai GST.”
Semua jalan menuju ke Dataran telah ditutup pihak berkuasa, dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) kelihatan dikerahkan hanya di beberapa kawasan. Ambulan turut kelihatan di beberapa tempat. – Sumber FMT
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger