Home » » Harussani: Nurul Izzah wajib bertaubat, tarik balik kenyataan

Harussani: Nurul Izzah wajib bertaubat, tarik balik kenyataan

Written By canang on Khamis, 5 Mei 2016 | 5/05/2016 07:05:00 PTG

IPOH - Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan supaya anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar bertaubat serta memohon keampunan daripada Allah SWT serta menarik kembali kenyataannya berhubung kebebasan beragama pada sebuah forum di Subang Jaya baru-baru ini.

Beliau juga mengulangi nasihat itu untuk seluruh pengikut pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) terbabit yang menyokong serta bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan itu kerana ia adalah berdosa besar.

"Dia (Nurul Izzah) terlampau mudah buat kenyataan seperti itu. Dia perlu bertaubat, bertaubatlah dan tarik balik kenyataan dalam ucapannya itu. Minta maaflah kepada semua. Manusia ini tidak lari daripada melakukan kesilapan, kita mudah melakukan kesilapan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Katanya pengikut pemimpin pembangkang itu juga bersubahat dalam tindakan atau perbuatan yang tidak dibenarkan oleh agama Islam dan berdosa besar.

"Orang ini (pengikut) ini bersubahat dan berdosa besar, mereka wajib bertaubat...perlu menggunakan akal yang waras. Jangan permain-mainkan agama," katanya.

Katanya kenyataan seperti yang diungkapkan oleh Nurul Izzah itu akan memudahkan perbuatan atau tindakan yang dilarang oleh agama Islam.

Beliau berkata sekiranya Nurul Izzah tahu, sedar dan faham yang diucapkannya maka akidah pemimpin parti pembangkang itu telah rosak dan telah keluar daripada pegangan akidah sebagai seorang Islam.

"Islam terima kewarasan akal, jika dia tahu, sedar, faham serta ada pengetahuan dan keyakinan (tentang apa yang diucapkannya) maka dia wajib bertaubat," katanya.

Laporan portal berita propembangkang pada 3 Nov lepas memetik Nurul Izzah sebagai berkata: "Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.

"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," kata Nurul Izzah.

Beliau berkata demikian pada forum bertajuk "Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?" di Subang Jaya, Selangor pada 3 Nov. - Bernama
Share this article :

7 ulasan:

Anoynimous berkata...

Mucti ni faham tak apa orang cakap dan faham tak apa dia sendiri cakap

Kuat jilat orang tua ni

Zack berkata...

Kenyataan Nurul tidak menyebabkan negara dibebani hutang RM50B yang lesap dan rakyat perlu bayar GST untuk tampung hutang ini. Kenapa tak suruh si Penyangak tu yang bertaubat?

Al berkata...

Terkadang orang politik ni Islamnya dimulai denga politik, sedangkan dlm Islam ianya dimulai dengan Tauhid.

diniewa berkata...

mufti makan gaji ckp mlalut...klu org biru ckp bnde songsang molot ko senyap lak...ko gi nasihat tu 1 menteri yg tk pasti jantan betina nya tu...bangang..hakkkk tuiiiiiii la

powertrain1648 berkata...

Hoii onanimous...baik kau diam klu xde ilmu jgn dok pakai otak...bila zakir naik nk xplain ko marah..dah...amik losyen pi masuk bilik diam2...org bg komen ko nk ngomen jgk...

powertrain1648 berkata...

Itu dosa najib klu dia buat...dosa besar tp x jatuh murtad...faham x isu dia...mim wau ror ta da...x fhm dok diam

Unknown berkata...

Kwn aku ckp...mufti ni pakai jagùar.. keta mewah...huhuhuhu..zaman khalifah sape ( tak ingat.).memang kena soal siasat.. silap2 kena pancung..mufti mcm ni...lebihkan dunia dr akhirat.

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger