Home » » Lim cabar Putrajaya luluskan jambatan ketiga

Lim cabar Putrajaya luluskan jambatan ketiga

Written By canang on Selasa, 24 Mei 2016 | 5/24/2016 08:04:00 PG

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mencabar kerajaan pusat meluluskan permohonan membina jambatan ketiga ke Pulau Pinang, berikutan perdebatan terhadap rancangan membina sebuah terowong ke pulau itu.
"Satu surat rasmi akan dihantar kepada (Menteri Kerja Raya) Datuk Fadillah Yusof minggu depan untuk mendapatkan kelulusan kerajaan persekutuan untuk jambatan ketiga, dari Gurney Drive di pulau itu ke Bagan Ajam di tanah besar, supaya kerajaan negeri boleh mempertimbangkan membina tol jambatan percuma.
"Tidak ada sebab untuk kerajaan persekutuan tidak memberi kelulusan bagi jambatan ketiga apabila tiada kos kepada kerajaan pusat, kerana ia akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mengulangi kurangnya kerjasama Putrajaya adalah sebab untuk memilih membina sebuah terowong merentasi selat tersebut bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di pulau itu.
Lim berkata kerajaan persekutuan bukan sahaja gagal menunaikan 'tiga janjinya' untuk membina LRT di Pulau Pinang, tetapi tidak membantu kerajaan negeri membinanya sendiri.
Beliau mendakwa kerajaan persekutuan "menolak untuk membalas banyak surat [oleh] kerajaan negeri bagi membenarkannya membina LRT dengan perbelanjaan sendiri disebabkan kerajaan pusat enggan berbuat demikian"
Share this article :

2 ulasan:

powertrain1648 berkata...

wa x mau jwb psl itu telowong...tapi lu jwb apa wa tanya

Arouse Mah berkata...

kalau krj negeri bina sendiri, mcm mana kroni umno nak songlap duit projek....tu sebab dia tak luluskan

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger