Home » » Tiada cuti tambahan Aidilfitri - Kementerian Pendidikan

Tiada cuti tambahan Aidilfitri - Kementerian Pendidikan

Written By canang on Sabtu, 11 Jun 2016 | 6/11/2016 06:50:00 PTG


KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan menafi memberikan cuti sekolah tambahan sempena sambutan Aidilfitri seperti yang tersebar di media sosial. Jurucakap kementerian berkata, jumlah cuti yang disebarkan itu sebenarnya sudah ditetapkan dalam takwim persekolahan sejak awal tahun ini dan kementerian tidak membuat sebarang perubahan. "Berita yang tersebar di media sosial menyatakan kementerian menambah cuti sekolah sempena Aidilfitri adalah tidak benar, sebaliknya ianya adalah bilangan cuti yang sama seperti ditetapkan dalam takwim persekolah sejak awal tahun. "Tarikh permulaan dan tamat cuti sekolah itu berbeza mengikut kumpulan," katanya ketika dihubungi BH. Sebelum ini, tersebar berita di media sosial mendakwa kementerian mengeluarkan surat siaran menyatakan cuti sekolah sempena Aidilfitri diberikan tambahan tiga hari. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid turut menjelaskan perkara sama di laman Facebook miliknya dan menafikan berita yang tersebar itu. Info - Cuti sekolah sempena Aidilfitri * 3 hingga 9 Julai tempoh cuti sekolah bagi negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu. * 4 hingga 10 Julai tempoh cuti sekolah bagi negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger