Home » » Derma RM2.6 bilion adalah dari anak Raja Abdullah

Derma RM2.6 bilion adalah dari anak Raja Abdullah

Written By canang on Khamis, 28 Julai 2016 | 7/28/2016 09:37:00 PTG

SHAH ALAM - Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mendedahkan bahawa individu yang menderma RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak adalah‎ seorang putera kepada Almarhum Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud.
Bagaimanapun, beliau enggan memberikan identiti penderma tersebut.
"Kami tahu nama (penderma itu). Dia bukan Almarhum Raja Saudi tetapi anak raja itu. Dia masih hidup," katanya yang‎ dipetik dari laporan Sinchew Daily.
Beliau berkata, pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah mendapat satu kenyataan daripada penderma tersebut seperti yang diperincikan dalam laporan badan anti-rasuah itu.
Apandi juga menegaskan bahawa motif di sebalik sumbangan itu tidak penting kerana derma seumpama itu tidak salah di bawah undang-undang Malaysia.
"Mengapa orang bertanya tentang sebab derma itu diberi? Anda perlu bertanya kepada pendermanya. Dia ada berbilion-bilion. (Jika) dia mahu memberikan wang, apa masalahnya?
"Ini adalah wang dia dan urusan peribadinya. Kami tidak mempunyai undang-undang untuk menyatakan bahawa menerima sumbangan politik adalah haram," katanya.sumber
Share this article :

1 ulasan:

pendita muda berkata...

AG dah ketinggalan ,.... DOJ n. SR. dah pun nyatakan duit 2.6b tu diambil dari 1MDB melalui berbagai cara,.munkin AG baru Bangun Tidur. Kot,.???

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger