Home » » Malaysia macam negara koboi perlu 'Ops Cantas', kata Musa

Malaysia macam negara koboi perlu 'Ops Cantas', kata Musa

Written By canang on Ahad, 3 Julai 2016 | 7/03/2016 12:00:00 PTG

Polis perlu melaksanakan semula "Ops Cantas" berikutan semakin banyak kes-kes tembakan menggunakan senjata api, kata presiden Pertubuhan Keperihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) Tan Sri Musa Hassan.
Katanya, kes-kes tembakan yang berleluasa kebelakangan ini mendatangkan kegusaran kepada masyarakat.

"Negara kita dah macam negara 'koboi', kita tak mahu jadi begitu.
"Pagi tadi pun ada satu kes tembak di Sungai Besi, saya berharap pihak polis mengambil tindakan yang tegas dalam perkara ini.
"Saya juga berharap pihak polis menjalankan Ops Cantas termasuklah melibatkan kongsi gelap," katanya pada sidang media di Petaling Jaya hari ini.
Musa berkata kejadian kes tembak itu mungkin kerana wujudnya persengketaan atau dendam antara ahli kongsi gelap ataupun mereka ingin mendapatkan sumber kewangan dengan menakutkan mangsa.
"Itu sebab saya harap PDRM mengambil tindakan lebih serius supaya perkara ini dicegah dan menyelamatkan nyawa dan ketenteraman negara kita," katanya.
Musa juga mahu pihak berkuasa terutama polis menjalinkan hubungan kerjasama dengan MCCC untuk membasmi jenayah.
Katanya, MCCC pernah membuat cadangan kerjasama dengan polis untuk menubuhkan satu pusat pemprosesan data agar maklumat risikan boleh dikongsi oleh semua authoriti tetapi ditolak.
"Kita ada perjumpaan sekali dengan polis mengenai cadangan itu tetapi tiada perkembangan selepas itu," katanya.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger