Home » » Perjanjian Malaysia 1963 Tidak Sah? Sabah Sarawak Keluar Malaysia?

Perjanjian Malaysia 1963 Tidak Sah? Sabah Sarawak Keluar Malaysia?

Written By canang on Rabu, 20 Julai 2016 | 7/20/2016 09:03:00 PTG

Perjanjian Malaysia 1963 Tidak Sah? Sabah Sarawak Keluar Malaysia : Apabila disebut nama Malaysia, kita ada Semenanjung Malaysia, Sabah Sarawak barulah lengkap disebut nama “Malaysia”.
Tanpa bantuan kekayaan hasil mahsul negeri Sabah, Sarawak tidak ke mana Semenanjung Malaysia sebenarnya, begitulah sebaliknya. Maisng-masing saling melengkapi antara satu sama lain. Tetapi biarlah berdasarkan kesepakatan, usaha dan kenikmatan bersama bukan hanya sekadar laungan sahaja.
Baru-baru ini Presiden Pertubuhan Aspirasi Rakyat Sarawak (Sapa), Lina Soo mengemparkan Malaysia apabila mengatakan Perjanjian Malaysia 1963 melanggar United Nations Decolonisation Declaration 1960 dan tidak sah di sisi undang-undang antarabangsa

Siapa Lina Soo? Berita Semasa pun baru pertama kali mendengar nama ini. Tetapi atas dasar berpegang pada prinsip tidak melihat siapa yang mengatakan, tetapi lebih kepada memerhatikan dan manganalisa apa yang dikeutarakan & dilontarkan serta apa sebenarnya yang mereka mahukan daripada kerajaan Malaysia, Berita Semasa memerhatikan satu demi apa yang ingin cuba disampaikannya.

Butiran Dakwaan Perjanjian Malaysia 1963 Tidak Sah? Sabah Sarawak Keluar Malaysia?

  1. Perkara 18 SarawakPerjanjian Malaysia 1963 tidak sah dan ditolak Malaya melalui tempoh 51 tahun dan kegagalan menghormati perjanjian itu, kata
  2. Perjanjian penyatuan Malaya, Sarawak dan Sabah sebagai satu negara melanggar tatacara undang-undang antarabangsa, yang menyatakan hanya negara merdeka boleh menyertai perjanjian antarabangsa.
  3. Perjanjian Malaysia 1963 tidak ditandatangani antara lima negara merdeka, namun disertai antara dua negara bebas – United Kingdom dan Persekutuan Tanah Melayu – dengan negara separuh koloni Singapura dan dua koloni Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak
  4. 5 individu yang menandatangani untuk Sarawak – P.E.H Pike, T Jugah, Abang Haji Mustapha, Ling Beng Siew dan Abang Haji Openg – tidak mempunyai mandat rakyat Sarawak, kerana masih lagi menjadi koloni tanpa wakil kerajaan.
  5. Perjanjian Malaysia 1963 telah melanggar Konvensyen Vienna berkenaan Lawof Treaties Customary International Law, 1980 (VCLT 1980).
  6. Perjanjian Malaysia 1963 melanggar Artikel 5, United Nations Decolonisation Declaration 1960 (UNDD 1960) apabila Britain dan Malaya merancang untuk memindahkan kemerdekaan koloni Borneo kepada Malaysia melanggar Artikel 5 UNDD 1960, kerana gagal memindahkan kesemua kuasa kepada rakyat dan penafian untuk kebebasan mutlak
  7. Menurut UN Charter on Self-Determination Malaya sebagai kuasa bebas, tidak mempunyai hak perundangan, mandat atau kuasa mencampuri hubungan Borneo
  8. Manakala Britain telah pecah amanah apabila gagal menghormati Cession Treaty 1946 untuk memastikan kemerdekaan Sarawak ketika rakyat negeri itu bersedia untuk mentadbirnya.
  9. Asas pembentukan Malaysia, Suruhanjaya Cobbold dan United Nations Assessment Mission tidak dilakukan dengan sempurna di mana Suruhanjaya Cobbold hanya bertemu 4,000 penduduk Sabah dan Sarawak dengan populasi 1.2 juta dan mendakwa menerima 2,200 memo dan surat daripada orang ramai
  10. “bukti kecil” menunjukkan bantahan terhadap pembentukan persekutuan, meskipun ribuan membantah di Sarawak dan penahanan pemimpin anti Malaysia termasuk pengharaman akhbar Cina pada masa itu.
  11. Perjanjian Perjanjian Malaysia 1963 masih lagi sah meskipun ia seharusnya terbatal apabila pemisahan dengan Singapura pada 1965 berlaku tanpa persetujuan semua pihak termasuk tanpa rundingan dengan Sabah dan Sarawak sekaligus berlakunya selepas itu pemindaan Perlembagaan Persekutuan pada 27 Ogos, 1967 untuk mengubah status Sarawak dan Sabah sebagai negeri ke-12 dan ke-13.
  12. Malaysia melanggar konsep asal pembentukan Persekutuan tiga negeri kepada kesatuan 13 negeri yang mana kuasa dan kemerdekaan dipegang oleh kerajaan pusat yang telah mberikan kesan kepada pelanggaran asas Perjanjian Malaysia 1963
Sudah selesai membacanya? Fuh….Dalam erti kata lain, sudah ada usaha-usaha yang tidak berpuas hati dengan pembentukkan Malaysia dan sudah kedengaran cakap-cakap daripada “kumpulan-kumpulan” tertentu mahu Sabah, Sarawak terutamanya keluar dari Malaysia.
  • Perjanjian Malaysia 1963, tahun ini sudah memasuki fasa pertengahan tahun 2014. Kenapa baru sekarang mahu bersuara? Di mana kelompok NGO seperti ini sebelum ini?
  • Seingat Berita Semasa, di Sabah PBS dahulu pernah perjuangkan idea seperti ini tetapi akhirnya ditolak oleh rakyat Sabah sendiri
  • Manakala di Sarawak pula, rakyat Sarawak dilihat terus “taat setia” di bawah naungan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sehingga tidak ada kedengaran langsung usaha mahu keluar dari Malaysia

Kerajaan Malaysia VS Rakyat Sabah & Rakyat Sarawak

Perkara 20 Sabah
Beginilah bagi Berita Semasa, kerajaan Malaysia perlu melihat isu ini dengan teliti mengapa sebenarnya rasa ketidakpuashatian dikalangan rakyat Sarawak, Sabah yang merasa mereka dianaktirikan.
Berita Semasa melihat ia berpunca daripada layanan kerajaan pusat terhadap Borneo dan negeri-negeri terutaanya di utara Semenanjung. Kebanyakan pembangunan lebih tertumpu di selatan, dan pantai Barat Semenanjung Malaysia. Manakala di utara dan negeri-negeri Pantai Timur hanya mampu memandang melihatkan arus permodenan di negeri-negeri lain di Malaysia
Berbalik di negeri Sarawak terutamanya untuk pergi ke sekolah masih melalui jalan berlumpur, keperluan asas seperti air dan elektrik tiada, itu belum pergi lagi di negeri Sabah dengan masalah PATI dan kebocoran kedaulatan negara di perairan Sabah
Tidak usah dicanang projek bilion sana, projek bilion sini, bangga dengan pencapaian ranking, kedatangan pelabur, projek yang pelbagai tetapi adakah tempiasnya sampai ke penduduk Malaysia di sebelah utara yang tinggal di pedalaman, Sabah, Sarawak. Mereka dapat apa?
Mereka tidak mahu kemegahan sebenarnya, mereka hanya mahukan nikmat tinggal di bumi yang digelar sebagai Malaysia. Itu sahaja.
Berita semasa boleh katakan suara NGO ini ibarat seperti teguran kepada kerajaan pusat yang selama ini banyak meminggirkan borneo dari arus pemodenan dan lebih banyak promosi Malaysia di Semenanjung.
Contohnya :
  1. Apa-apa event besar semua banyak di Semenanjung
  2. Infrastruktur seperti elektrik, air dan jalan raya serta kemudahan jambatan serta kumbahan masih mundur di Sabah, Sarawak berbanding semenanjung k
  3. Isu royalti, isu PATI dan isu Pendatang Indon dan Filiina yang berebut mendapatkan “barang-barang subsidi” dan bermaharajalela di Sarawak dan Sabah
  4. Kedaulatan Malaysia begitu mudah bocor dan diceroboh amsuk oleh pengganas sekarang ini
Sarawak Keluar Malaysia
Bagi Berita Semasa sendiri, sepatutnya wilayah yang dipisahkan dengan laut perlu lebih banyak hubungan nasional yang jitu Borneo juga merupakan aset tetap politik kerajaan berbanding semenanjung, kita perlu berbalik kepada perjanjian dahulu. Tanah Malaya yang memohon untuk kepada borneo untuk menjadikan Malaysia. Jadi, apabila berjanji mestilah ditunaikan. Mana-mana pemimpin borneo yang rasuah dan salah guna kuasa harus ditumbangkan.
Cuma Berita Semasa berharap kerajaan Malaysia sedia mendengar suara NGO Borneo ini melalui dialog contohnya. Mereka hanya perjuangkan apa yang termaktub dalam perjanjian dahulu, itu sahaja. Berita Semasa pun tidak mahu perpisahan antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah, Sarawak berlaku kerana ia melibatkan martabat kedaulatan anak bangsa malaysia….
P/S : Integrasi nasional haruslah diperkuatkan lagi dengan semangat yang lebih jitu, pemimpin kerajaan pusat perlu muhasabah semula…orang borneo mahukan perjanjian ditunaikan. Itu sahaja…..Apa kata anda pula?SUMBER
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger