Home » » TERKINI DI TURKI.Media disekat, Erdogan guna Facetime umum keadaan terkini -

TERKINI DI TURKI.Media disekat, Erdogan guna Facetime umum keadaan terkini -

Written By canang on Sabtu, 16 Julai 2016 | 7/16/2016 11:59:00 PG

ANKARA 15 Julai - Sumber tempatan menyebut bahawa tentera Turki telah mengawal rangkaian media tempatan. - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/media-disekat-erdogan-guna-facetime-umum-keadaan-terkini-1.354208#sthash.6nw8HILH.RtRZ0Uwx.dpuf

Turut dilaporkan, akses kepada rangkaian media sosial seperti Twitter, Youtube dan Facebook telah disekat.

Sementara itu, menurut seorang saksi, kesemua penerbangan dari Lapangan Terbang Ataturk di Istanbul telah dibatalkan.

Terdapat juga laporan yang mengatakan bahawa beberapa individu sedang ditahan di ibupejabat tentera, kata seorang wartawan CNN Turk.

Wartawan yang sama mengatakan bahawa Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan selamat dan berada di lokasi yang dirahsiakan.

Erdoğan terpaksa menggunakan aplikasi Facetime melalui telefon pintar iPhone untuk menyampaikan maklumat ekoran media kerajaan telah diambil alih dalam kudeta tentera.

Beliau yang dihubungi penyampai CNN Turk melalui Facetime menyeru agar semua rakyat negara itu turun ke jalanan dan berkumpul di tempat awam untuk menentang cubaan rampasan kuasa itu.

"Tindakan yang berlaku ini adalah daripada golongan minoriti dalam tentera dan tidak ada kuasa yang lebih besar daripada kuasa rakyat," katanya. - AGENSI
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger