Home » » Doktor gigi didakwa sebabkan kematian menantu Zahid Hamidi -

Doktor gigi didakwa sebabkan kematian menantu Zahid Hamidi -

Written By canang on Sabtu, 13 Ogos 2016 | 8/13/2016 12:51:00 PTG


Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan ahli keluarga terdekat menantunya allahyarham Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi sewaktu di perkuburan Sungai Ramal Luar, Kajang pda 2 Jun 2016. — Foto ihsan Twitter/Zahid Hamidi KUALA LUMPUR, 12 Ogos — Seorang doktor gigi separuh masa yang juga doktor perbidanan dan sakit puan (O&G) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menyebabkan kematian menantu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, semasa mendapatkan rawatan gigi Jun lalu.

Dr Ting Teck Ching, 36, yang memakai sut berwarna hitam, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Zainal L Salleh.

Tertuduh, yang kelihatan tenang, didakwa menyebabkan kematian Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi, 44, dengan mengetahui bahawa perbuatannya itu mungkin menyebabkan kematian mangsa.

Dr Ting didakwa melakukan kesalahan itu di Pusat Pakar Pergigian Imperial, Lot 62 & 64, Jalan Telawi, Bangsar Baru, Brickfields, di sini, antara 6 petang dan 9.05 malam, 1 Jun lepas.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh yang diwakili peguam Datuk K Kumaraendran diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Oktober untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya Mohd Abazafree Mohd Abbas.

Syed Alman Zain, suami kepada anak sulung timbalan perdana menteri, Datuk Nurulhidayah, 37, dilaporkan tidak sedarkan diri ketika menjalani rawatan di pusat pakar pergigian itu dan dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya sebelum disahkan meninggal dunia. — Bernama
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger