Home » » Khadem Qubaisi ditahan di UAE, lapor WSJ

Khadem Qubaisi ditahan di UAE, lapor WSJ

Written By canang on Sabtu, 20 Ogos 2016 | 8/20/2016 10:28:00 PTG


Khadem merupakan antara pemain utama yang dinamakan Jabatan Kehakiman AS dalam dokumen 136 muka surat mengenai kecurian wang dari 1MDB.
PETALING JAYA: Pihak berkuasa Abu Dhabi minggu lalu menahan Khadem Al Qubaisi, antara watak penting dalam skandal melibatkan 1MDB, lapor The Wall Street Journal memetik sumber.
Bagaimanapun, belum ada sebarang dakwaan dibawa terhadap Khadem.
Sebelum ini, Khadem dilarang meninggalkan Emiriah Arab Bersatu (UAE) manakala asetnya dibekukan.
Pada 20 Julai, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mengumumkan saman menyita aset 1MDB bernilai AS$1 bilion, susulan siasatan melibatkan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) yang mendapati kecurian dan salah laku dana syarikat milik Kementerian Kewangan itu.
Khadem, bekas pengarah urusan International Petroleum Investment Company (IPIC), dinamakan pihak berkuasa AS bersama-sama anak tiri perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz, dan ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho, dan dituduh terlibat dalam komplot melarikan wang 1MDB.
Penyiasat AS juga dalam usaha menyita hartanah bernilai AS$100 juta milik Khadem di negara itu, yang dipercayai dibeli menggunakan wang dicuri daripada 1MDB
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger