Home » » Pengulas sukan Gary Lineker tunai janji tampil separuh bogel di televisyen

Pengulas sukan Gary Lineker tunai janji tampil separuh bogel di televisyen

Written By canang on Isnin, 15 Ogos 2016 | 8/15/2016 12:58:00 PTG


Gary Lineker pernah menjadi penyerang pasukan Leicester City, Everton, Spurs, dan Barcelona - Foto YouTube/BBC Sport
“YA! Jika Leicester menang Liga Perdana Inggeris, saya akan sampaikan rancangan MOTD (Match Of The Day) musim hadapan hanya dengan berseluar dalam.”

‘Janji’ yang diucap oleh pengulas sukan saluran BBC Gary Lineker pada Disember lalu nyata ditunaikan.

Bekas penyerang Leicester itu tampil dalam rancangan tersebut pada Sabtu dengan hanya memakai seluar pendek dengan logo pasukan kelab berkenaan.

Lineker membuat pertaruhan tersebut menerusi akaun Twitternya tahun lalu apabila Leicester City mengungguli takhta liga namun masih belum dipandang sebagai pasukan yang mampu bergelar juara:




Penghujung musim lalu nyata mencatat sejarah buat The Foxes yang menjuarai Liga Perdana Inggeris buat kali pertama dengan kelebihan 10 mata.

Menurut BBC, Lineker tampil berseluar pendek sepanjang 30 minit pertama rancangan sebelum tampil semula dengan berpakaian penuh.

“Saya hanya berseluar dalam hari ini kerana keajaiban sukan,” ujar Lineker.
Netizen terutamanya peminat bola sepak memuji dan berjenaka tentang kesanggupan Lineker untuk menunaikan janjinya:
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger