Home » » Ekonomi lembap bukan salah pemimpin sekarang, cuma PM dahulu bernasib baik

Ekonomi lembap bukan salah pemimpin sekarang, cuma PM dahulu bernasib baik

Written By canang on Ahad, 11 September 2016 | 9/11/2016 09:27:00 PTG

 Zahid berkata, kelembapan ekonomi yang dihadapi negara ketika ini perlu ditangani semua pihak secara bersama.
KUALA LUMPUR: Ekonomi negara lebih baik pada zaman pentadbiran perdana menteri terdahulu, kerana pemimpin negara bernasib baik ekoran pasaran dunia dan harga komoditi meningkat ketika itu.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kemelesetan ekonomi ketika ini bukannya salah pucuk pimpinan negara, memandangkan kebergantungan Malaysia terhadap pasaran dunia.
“Jika ada perdana menteri terdahulu menyatakan di zamannya ekonomi baik, beliau bernasib baik kerana ketika itu harga minyak, gas meningkat…beliau bernasib baik ketika itu harga komoditi meningkat kerana pasaran dunia menyebabkan keadaan itu berlaku.
“Peperangan di Iraq, peperangan timur tengah, peperangan di tempat lain yang menyebabkan permintaan kepada bahan petroleum…ini keadaan berbeza. Ini bukan salah kepimpinan…ini pergantungan kita kepada pasaran dunia,” katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan ke-8 Parti Makkal Sakti Malaysia hari ini.
Zahid menambah, sebagai bekas pegawai bank, beliau tahu mengenai keadaan ekonomi negara dan kelembapan ekonomi yang dihadapi negara ketika ini perlu ditangani semua pihak secara bersama.
“Kalau kita nak bincang atau membandingkan selama 22 tahun kononnya keadaan (ekonomi) lebih baik dari keadaan sekarang…kita lihat bagaimana (keadaan) ketika di stesen (minyak). Apabila inflasi terlalu tinggi, apabila depression berlaku.
“Saya tidak mahu membela mana-mana pemimpin, tetapi keadaan ekonomi sekarang ini harus kita tangani bersama, walaupun ia tanggungjawab kerajaan.
“Kerajaan di bawah pimpinan perdana menteri (Datuk Seri Najib Razak) masih mampu berikan yang terbaik kepada rakyat, masih mampu berikan bajet terbaik kepada rakyat keseluruhannya,” katanya.sumber
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger