Home » » Siasatan dana 1MDB: S'pura tutup sebuah lagi bank

Siasatan dana 1MDB: S'pura tutup sebuah lagi bank

Written By canang on Rabu, 12 Oktober 2016 | 10/12/2016 09:10:00 PTG


Pihak berkuasa kewangan Singapura (MAS) menarik balik status bank perdagangan Falcon Private Bank Ltd cawangan negara itu susulan kaitannya dengan aliran dana berkaitan 1MDB.
MAS mengumumkan perkara itu susulan “kegagalan serius kawalan antipengubahan wang haram (AML) dan pengurusan tidak betul oleh pengurusan kanan di ibu pejabat di Switzerland, dan juta cawangan Singapura”.Kenyataan itu menambah: “MAS juga mengenakan denda kewangan pada DBS Bank Ltd (DBS) dan UBS AG, cawangan Singapura (UBS) kerana melanggar keperluan AML MAS.”
Tindakan itu diambil susulan pemeriksaan terhadap aliran dana berkaitan 1MDB melalui ketiga-tiga bank itu antara Mac 2013 dan Mei 2015.

MAS bekerjasama dengan pelbagai badan antarabangsa, terutamanya Pihak Berkuasa kawasan Pasaran Kewangan Switzerland (Finma).
Falcon menjadi bank kedua ditutup, selepas bank Switerzerland BSI, di tengah-tengah dakwaan skandal syarikat pelaburan Malaysia, 1MDB.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger