APA yang pasti, Kuala Lumpur makin hampir menjadi kota pelacuran nombor satu dunia tidak lama lagi.
Fakta menceritakannya.
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mendedahkan, Kuala
Lumpur kini berada di ranking kelapan kota pelacuran dunia dengan nisbah
52 orang pelacur bagi setiap 10,000 penduduk.
Secara nisbah juga, Kuala Lumpur di ranking lebih tinggi berbanding
Thailand yang kini berada di tangga ke-10 dengan nisbah 45 orang pelacur
setiap 10,000 penduduk.
“Kami mengingatkan pihak berkuasa supaya Kuala Lumpur tidak menjadi
bandar bandar raya maksiat,” kata Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid.
Mapim melahirkan kekesalan dengan menyifatkan, cukup dengan ribuan
bilangan pelacur dari luar negara yang kini membanjiri KL dan
bandar-bandar utama dalam negara.
Gesaan Mapim lahir ketika umat Islam melahirkan kebimbangan sekiranya
pihak berkuasa Kuala Lumpur, membuka ruang menambah lesen rumah urut
sedia ada.
Bukan rahsia, lesen rumah urut disalah guna dengan berfunsgi sebagai
tempat pelacuran. Malah, sudah menjadi rahsia terbuka mengenai operasi
kumpulan jenayah terancang di sebalik kegiatan rumah urut akan
menambahkan masalah yang sedia ada.
Industri pelacuran di Malaysia kini bernilai lebih RM3.6 bilion. Satu
angka yang memalukan bagi sebuah negara majoriti Islam dan meletakkan
Islam sebagai Agama Persekutuan dalam Perlembagaan.
Melihat kepada operasi pusat urut dan pusat hiburan yang bercambah di
sekitar KL, bermakna KL berpotensi menjadi pusat pelacuran Asia, jika
ruang dan peluang dibuka untuk beroperasi secara berlesen.
“Kami membantah keras Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuka semula
permohonan lesen baharu rumah urut sekitar ibu kota,” kata Mohd Azmi.
Soalnya, apakah keperluan rumah urut dibiarkan bercambah sedangkan pihak
berkuasa gagal melaksanakan penguatkuasaan. Selain pusat urut haram,
rumah urut berlesen sedia ada turut cenderung menawar khidmat seksual
yang menyalahi undang-undang.
Pihak berkuasa, kata Mohd Azmi, tidak harus hanya memikirkan soal
permintaan sedangkan pemantauan dan penguatkuasaan mana-mana pihak yang
menyalah guna lesen ternyata gagal dilaksanakan dengan berkesan.
Mapim juga melahirkan rasa khuatir dengan percambahan pusat-pusat urut
di kota raya dan bandar-bandar utama di negara ini kerana ia akan
membuka peluang untuk kegiatan maksiat dilakukan oleh pihak yang
mengambil kesempatan.
Selain mendesak DBKL tidak menambah lesen rumah urut serta melahirkan
kekesalan berikutan kegagalan menangani pusat pelacuran haram, Mapim
menyindir agar lesen rumah urut yang sedia ada dipantau dan dikawal
sebelum memikirkan untuk membuka permohonan lesen baharu yang akhirnya
tidak mampu dikawal selia olehpihak berkuasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan