Home » » Rosmah Mansor kongsi rahsia bagaimana Trump menang

Rosmah Mansor kongsi rahsia bagaimana Trump menang

Written By canang on Sabtu, 10 Disember 2016 | 12/10/2016 09:47:00 PTG

Rosmah Mansor kongsi rahsia bagaimana Trump menang
Beliau menceritakan bahawa anak perempuannya yang kini melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah Sarjana Pentadbiran Awam di Universiti Harvard dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Wharton Business School memberitahunya bahawa dirinya berkenalan dengan anak perempuan Trump, Ivanka Trump.
“Ivanka memang baik kerana meluangkan masa di sebalik kesibukannya.
“Dia (anak Rosmah) sangat teruja dan menelefon saya pada jam 4 pagi untuk beritahu saya,” kata Rosmah.
Anak perempuannya memberitahu beliau begitu gembira berjumpa dengan Ivanka dan Rosmah percaya mereka telah berkongsi beberapa cerita sesama mereka.
“Jadi saya beritahu suami saya di sebalik kekayaan dan bapanya bakal menjadi presiden, beliau masih merendahkan diri dan tetap mesra.
“Jadi ini satu pengajaran kepada kita semua. Jadi sekarang kamu tahu bagaimana Trump mampu menjadi presiden,” katanya.
Ini bukan kali pertama Rosmah bercakap mengenai kejayaan Trump. Awal minggu ini pada majlis berasingan, Rosmah berkata Trump memenangi pilihan raya Amerika kerana beliau mempunyai “sentuhan peribadi dan mesra berhubungan dengan rakyat.”
Share this article :

1 ulasan:

Anoynimous berkata...

Betullah tu
Selain tu trump juga berjaya kerana kegilaan sexnya
Tu yg tak disebut2 sebab tu juga antara kegilaan antara pemimpin yg ada disini

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger