Home » » Jamal nasihat Azmin agar tak malu belajar dari Najib, Noh

Jamal nasihat Azmin agar tak malu belajar dari Najib, Noh

Written By canang on Rabu, 8 Mac 2017 | 3/08/2017 07:49:00 PTG


Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali dinasihati supaya tidak malu untuk belajar cara menguruskan negeri melalui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar.
Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata Selangor menghadapi pelbagai masalah terutamanya yang terbaru melibatkan Yayasan Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas).
“Saya minta Azmin belajar dengan Tan Sri Noh cara uruskan negeri ataupun Azmin pergi berjumpa dengan Datuk Najib untuk belajar dan tak perlu malu.
“Azmin selaku menteri besar dan saya pula selaku pengerusi NGO negeri Selangor ini tak malu nak belajar kalau tak tahu nak urus negeri... jangan asyik berpolitik sahaja.
“Pandai berpolitik tapi pengurusan dari daerah hingga negeri gagal,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di Ampang hari ini.
Pada sidang media itu Jamal turut mendakwa bahawa Yawas selaku yayasan sudah dua tahun tidak mengadakan mesyuarat tahunannya.
Justeru beliau menggesa supaya Pendaftar Pertubuhan (RoS) menjalankan siasatan terhadap Yawas dan sekiranya ini benar, pihak berwajib perlu mengambil tindakan selanjutnya terhadap yayasan itu.
“Saya minta RoS ambil tindakan yang tegas pada menteri besar Selangor ini selaku pengerusi Yawas sejak 2015 hingga tahun lepas dua tahun berturut-turut menteri besar tak adakan mesyuarat dengan pemegang ahli lembaga Yawas ini.
“Kalau ikut peraturan RoS sebuah yayasan mesti adakan mengadakan mesyuarat tahunan,” katanya yang turut mendakwa bahawa Azmin tidak memantau yayasan tersebut dengan baik serta mengabaikan rakyat negeri Selangor.Minggu lalu Jamal mempertikaikan kewajaran pelantikan Pengurus Besar Yawas Kamsani Nasir mengetuai sebuah yayasan di Selangor kerana dakwanya, beliau seorang muflis.
Bagaimanapun Azmin berkata pihaknya sudah pun menyedari dakwaan Jamal itu sebelum ia dibangkitkan oleh Ketua Kumpulan Baju Merah itu.
Azmin berkata Kamsani telah pun dipanggil untuk memberi penjelasan dan siasatan masih dijalankan untuk menentukan punca masalah itu
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger